Agong sokong RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022

Agong sokong RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang telah dibentangkan kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Baginda bertitah, kerajaan telah membuat keputusan baik bagi memastikan kesihatan rakyat Malaysia sentiasa dalam keadaan optimum di samping untuk kebaikan generasi masa hadapan.

“Saya begitu bangga dengan (pembentangan) RUU tersebut dan ini merupakan satu usaha murni (daripada pihak kerajaan).

“Ini adalah salah satu usaha baik supaya generasi akan datang (mempunyai tahap kesihatan) yang lebih baik,” titahnya dalam Majlis Perasmian Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH), di sini, hari ini.

Turut berangkat hadir adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Titah baginda lagi, kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat pelbagai pertimbangan seperti kos perbelanjaan kesihatan dan lain-lain lagi bagi memperkenalkan undang-undang itu.

Justeru itu, Al-Sultan Abdullah berharap semua pihak dapat memberi dorongan serta sokongan penuh kepada kerajaan supaya rang undang-undang menjadi sebuah undang-undang di negara ini.

“Dari segi pelaksanaan (sekiranya rang undang-undang ini diluluskan), kerajaan akan tentukan,” titahnya.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga KKM yang telah bertungkus-lumus bekerja semasa pandemik Covid-19 melanda negara ini.

Al-Sultan Abdullah menegaskan, usaha yang dilakukan warga kementerian itu telah membuatkan hasil ketika ini apabila jangkitan Covid-19 dapat dikawal dengan begitu baik.

“Saya harap, kementerian yang diketuai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dapat terus memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mesra.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kerana dilantik sebagai Naib Presiden World Health Assembly. Ini adalah satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia (dari segi reputasi dan fasiliti kesihatan),” titah baginda. K Online

Agong sokong RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker