Saifuddin perli Rafizi? Selesaikan isu rakyat bukan main isu skandal
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) berkata, sekarang bukan masanya untuk membangkitkan isu berkaitan skandal atau kontroversi pemimpin, khasnya menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Ketua Setiausahanya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, PH sebaliknya akan menggunakan strategi mencari penyelesaian terhadap masalah dihadapi rakyat dalam menghadapi PRU15.
“Ini bukan soal peristiwa mata lebam, bukan soal bekas ketua polis negara, Rahim Mohd Noor pukul Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Bukan soal keganasan polis dalam menghadapi himpunan rakyat atau skandal-skandal lain.
“Sekarang ini adalah pasca Covid-19, orang bercakap tentang rakyat hilang punca pendapatan, hasil kerajaan semakin terhad dan apa solusi pembangkang tawarkan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Beliau berkata, jika ada isu berbangkit mengenai skandal atau kontroversi pemimpin politik, ia tidak akan mendominasi kempen pilihan raya blok pembangkang.
Jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat, beliau percaya tiada sebuah parti tunggal atau gabungan politik yang akan selesa mengakui mereka boleh menang.
Katanya, zaman Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan mudah mencapai majoriti 2/3 dalam PRU sudah berakhir.
“Tahun 2008 hingga 2013, BN tidak dapat lagi majoriti 2/3. Sejak itu, tidak ada lagi istilah 2/3 majoriti kepada BN,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tengking pegawai imigresen di KLIA, kesatuan kecam KP perkhidmatan awam
- Bersatu bukan lagi parti Melayu
- Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA
- PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun
- Hati-hati dengan lelaki panas baran – Shila Amzah
- Mahathir datang lagi, kini bakal tubuhkan pula Gagasan Melayu-Islam baharu
- Lelaki perkosa anak tiri dijatuhi hukuman kembiri
- Najib sahut cabaran Mahathir bagi ‘bukti’
- ‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri
- Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
- Aizat nikah 14 Ogos ini
- Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy
- SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh
Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central
Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup