Pakar jumpa kesan tapak kaki ‘hantu’ berusia 12,000 tahun



Kesan tapak kaki manusia sejak kira-kira 12,000 tahun ditemui di Julat Ujian dan Latihan Utah. – R. Nial Bradshaw/U.S. Tentera Udara

SALT LAKE CITY, UTAH – Pakar arkeologi Amerika Syarikat (AS) telah menemui 88 kesan tapak kaki ‘hantu’ yang berusia 12,000 tahun di satu lokasi di gurun negeri Utah, lapor agensi berita United press International (UPI), kelmarin.

Kesan tapak hantu itu ditemui di Pangkalan Tentera Udara Hill di Gurun Great Salt Lake Utah pada bulan lepas.

Ia mendapat gelaran kesan tapak kaki ‘hantu’ kerana hanya boleh dilihat selepas hujan, apabila cetakan kesan tapak dipenuhi air dan hilang apabila kering di bawah matahari.

Tinjauan arkeologi di tapak seluas 2,023 hektar tersebut menggunakan peralatan bukan invasif seperti magnetometer dan radar penembusan tanah.

“Berdasarkan penggalian beberapa cetakan, kami telah menemui bukti orang dewasa dengan kanak-kanak berumur kira-kira 5 hingga 12 tahun yang meninggalkan kesan tapak kaki,” kata penyiasat utama dengan Far Western Anthropological Research Group, Daron Duke.




Ahli arkeologi merancang untuk mengkaji, memelihara dan melindungi cetakan tersebut daripada angin dan hakisan yang berisiko memusnahkannya.

“Kami telah mengumpulkan pengisian cetakan untuk melihat sama ada kami boleh mencari bahan organik hingga tarikh radiokarbon.

“Kami mahu memperincikan lagi cetakan itu agar mendapat maklumat tentang individu kumpulan itu dan cara mereka menggunakan kawasan tersebut.

Kami juga bercakap dengan puak asli Amerika mengenai perspektif mereka mengenai cetakan itu,” jelas Duke. – AGENSI

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Leave a Reply

Your email address will not be published.