Punca internet lemah di rumah

Punca internet lemah di rumah

Masalah capaian Internet lemah yang seringkali dialami pelanggan Unifi berkemungkinan besar tiada kaitan dengan kualiti rangkaian Wi-Fi yang disediakan, sebaliknya disebabkan oleh set-up perkhidmatan itu di rumah, kata Ketua Pengalaman Pelanggan Telekom Malaysia (TM) Lolita Mohamed Suffian.

Beliau berkata set-up itu sama ada berhubung kait dengan lokasi alatan jalur lebar di rumah atau terdapat zon mati (deadzones) Wi-Fi kerana susun atur rumah atau bilangan dan jenis peranti yang disambungkan ke Wi-Fi.

Katanya dengan bilangan pengguna Unifi meningkat sebanyak 22 peratus kepada 2.85 juta orang setakat Jun lepas sejak pandemik COVID-19 melanda, TM memahami keperluan masyarakat menggunakan Internet bagi melaksanakan kelas dalam talian dan bekerja dari rumah.

Malah menurut beliau, trend penggunaan Internet untuk penstriman video dan pelayaran web juga meningkat kerana memerlukan liputan Wi-Fi yang stabil dan konsisten.

“Oleh itu, untuk meningkatkan lagi pengalaman Wi-Fi di rumah, beberapa langkah perlu diambil oleh pelanggan termasuk memindahkan penghala ke bahagian rumah yang kebanyakan masa diluangkan. Contohnya jika anda sering berada di ruang tamu, letakkan penghala di sana.

“Selain itu, pastikan penghala tidak berada dalam ruangan tertutup atau berhampiran dengan permukaan reflektif atau logam untuk mengoptimumkan sambungan Wi-Fi anda,” katanya.

Lolita juga menyarankan pelanggan supaya mengelak daripada meletakkan penghala berhampiran peranti yang menghasilkan gangguan elektromagnetik seperti telefon tanpa wayar, ‘baby monitor’ dan ketuhar gelombang mikro atau menindih peralatan jalur lebar kerana ini mungkin boleh menyebabkan penghala menjadi terlalu panas dan kurang efisien.

“Pelanggan juga boleh melabur dalam mesh kerana kebanyakan rumah di Malaysia adalah dua tingkat. Tambahkan mesh untuk meluaskan liputan Wi-Fi anda,” katanya.

Bagi mengoptimumkan pengalaman Wi-Fi, Lolita berkata Unifi kini ada menawarkan pelbagai jenis alat tambah mesh berdasarkan keperluan gaya hidup pelanggan, daripada serendah RM15 sebulan berdasarkan jumlah peranti yang digunakan dan saiz rumah.

Selain itu, semua pelanggan baharu Unifi berkapasiti 100Mbps dan ke atas akan menerima penghala Wi-Fi 6 untuk memastikan mereka mempunyai isyarat Wi-Fi terbaik di rumah.

“Untuk pelanggan sedia ada yang menghadapi prestasi Internet yang lemah, penggantian kepada penghala Wi-Fi 6 akan dibuat. Secara proaktif, kami juga sedang menukar peralatan pelanggan sedia ada yang mungkin menghadapi masalah Internet secara berkala disebabkan penghala semasa mereka yang lama.

“Unifi Elite: pakar Wi-Fi kami on-demand juga boleh datang ke rumah untuk menyemak dan menasihati cara-cara mengoptimum dan meningkatkan lagi pengalaman Wi-Fi anda di rumah,” katanya dan menambah maklumat terkini mengenai tawaran Unifi termasuk alat tambah mesh serta tip untuk meningkatkan liputan Wi-Fi boleh didapati menerusi laman web unifi.com.my, aplikasi myunifi dan TMpoint. Awani

Punca internet lemah di rumah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker