Pulang dari Mekah diiringi tangisan pemergian anak

Pulang dari Mekah diiringi tangisan pemergian anak

Kepulangan seorang ibu dari kota Mekah ke tanah air disambut dengan tangisan apabila anaknya meninggal dunia setelah dua hari beliau pergi menunaikan ibadah haji.

Menerusi perkongsian @ellellell7 di laman TikTok, memaparkan wanita itu tidak dapat menyembunyikan kesedihannya dengan memeluk erat ahli keluarganya.



Difahamkan, anaknya itu sempat menghantar ibunya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan ibadah haji sebelum meninggal dunia dua hari selepas itu.

“Ya Allah Ya Rahman Ya Mujib, dikau kurniakanlah kekuatan hati ketenangan jiwa buat kakakku, angkatlah segala kesedihannya dan gantikanlah ia dengan nikmat ganjaran yang lebih mulia.

“Kami sayangkan kamu kakak, abah anak-anak dan adik-adik sentiasa bersamamu di sisi, Haiqal ibu dah balik, Al-fatihah,” tulisnya.

Rata-rata orang ramai turut sebak melihat dengan nasib menimpa wanita tersebut.



“Allahuakbar sebak rasanya, semoga ibu tabah ye. Syurga tempat anaknya. Berkat doa ibu semasa menunaikan haji,” kata @MamaArissaAriz.

“Pedih hati seorang ibu kehilangan anak kuatkan hatinya Allah, sedih,” ujar @Noorain Taha.

Sementara itu, @aoriyen berharap agar wanita itu tabah dalam menempuh segala ujian.

“Besar ujian makcik ini, mudah-mudahan makcik tabah dan sabar,” jelasnya. K Online



Pulang dari Mekah diiringi tangisan pemergian anak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh



Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker