Penyamun bersenjata parang Kota Bharu kantoi ditangkap peniaga Pakistan

Cubaan dua pemuda untuk menyamun sebuah kedai runcit membawa padah apabila dia diberkas dalam kejadian di Berek 12, Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata seorang daripada suspek berusia 20 tahun dan cuba menyamun bersama sebilah parang sebagai senjata.

Pada awalnya, kata Mohd Rosdi, seorang daripada pemuda terbabit berpura-pura untuk membeli di kedai runcit milik warganegara Pakistan itu.

“Ketika itu mangsa berseorangan di kaunter kedai, manakala isteri dan anak anak-anak mangsa berada di bahagian rumah di belakang kedai.

“Suspek bersenjatakan sebilah parang masuk ke kedai dan berpura-pura ingin membeli barangan namun kemudian mengeluarkan parang dan mengacukannya kepada mangsa.

“Namun mangsa bertindak melawan dan berjaya menangkap salah seorang suspek,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Mohd Rosdi berkata siasatan awal mendapati suspek mengaku cuba melakukan samun di kedai runcit milik mangsa bersama rakannya yang dikenali dengan panggilan Afiq.

Rakan suspek yang diberkas itu, katanya, segera melarikan diri menaiki motokar Perodua Myvi warna biru selepas menyedari rakannya kena cekup.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kerugian dan kecederaan. Usaha mengesan dan menangkap suspek yang masih bebas dijalankan,” katanya.

Menurut Mohd Rosdi, suspek yang ditahan mengalami cedera di bahu kiri dan menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.

Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker