Saya menangis, kencing dalam sut, Ravi kongsi perit tawan K2
Saya menangis, kencing dalam sut, Ravi kongsi perit tawan K2
Perjalanan 24 jam mendaki gunung kedua tertinggi dunia, K2 di Pakistan pada ketinggian 8,611m dan turun dengan selamat merupakan detik perit, kata pendaki OKU solo negara, T Ravichandran.
Beliau berkata, pendakian untuk meneruskan misi membawa Jalur Gemilang ke puncak Gunung K2 yang ternyata tiga kali ganda lebih sukar, berbanding Gunung Everest diiringi linangan air mata dan cabaran.
“Kita cuma ada satu hari sahaja cuaca yang baik iaitu pada 22 Julai dan bila kita dah tahu kita ada tarikh untuk teruskan pendakian kita pun melakukan perjalanan, dan memang saya terasa, bayangkan saya menangis tiga kali dalam perjalanan 24 jam.
“Setiap langkah yang saya ambil untuk sampai ke puncak dan balik dengan selamat adalah sangat perit.
“Keadaan memaksa saya menangis, memaksa saya kencing dalam saya punya sut sebab tiada tempat untuk kita berehat, makan dan minum tidak ada, sebab 24 jam itu kita berjalan sahaja,” katanya menerusi temu bual menerusi aplikasi Google Meet dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Pakistan, semalam.
Ravichandran yang sebelum ini melakar sejarah apabila berjaya menjejakkan kaki di puncak tertinggi dunia, Gunung Everest berketinggian 8,848m untuk kali ketiga pada 12 Mei lalu, hanya sempat berehat selama 72 hari sebelum meneruskan misi ke Gunung K2.
Katanya, timbul juga persoalan dalam dirinya, dia masih mampu meneruskan misi itu kerana tidak dinafikan tempoh rehat 72 hari sememangnya tidak mencukupi.
“Terasa kerdil dan sukar diungkapkan bagaimana saya menangis, banyak soalan bermain di minda sama ada saya perlu putus asa semasa pendakian 24 jam itu, rehat 72 hari itu memang tidak cukup,” katanya.
Berkongsi pengalaman menawan K2, Ravichandran berkata, persekitaran berbatu granit dan kurang bersalji memaksa pendaki menggunakan segala pengalaman dan ilmu berkaitan pendakian untuk mengharungi rintangan sepanjang ekspedisi.
“Ada batu kecil berterbangan dengan kelajuan 200km/j dan situasi ini yang kita lalui semasa ekspedisi K2, terdapat beberapa kawasan tidak menerima sinaran matahari yang membentuk ‘blue ice’, ini memerlukan teknik pendakian ‘alpine’ yang sangat rumit,” katanya.
Meskipun cabaran dihadapi Ravichandran mungkin dua kali ganda lebih sukar daripada pendaki lain selepas lapan hujung jarinya terpaksa dipotong akibat radang dingin (frostbite) selepas pendakian kedua ke gunung Everest pada 2007, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya.
Katanya, dengan fokus dan kekuatan mental yang baik serta bantuan rakan pendaki, misinya mengharumkan nama Malaysia dengan membawa Jalur Gemilang ke puncak K2 dapat direalisasikan meskipun 1,001 keperitan terpaksa ditempuh.
“Saya berada di puncak K2 kira-kira 15 minit. Saya gembira dan sempat lakukan video bersama penaja. Ini antara pendakian terbaik pernah saya lakukan…ini bukan kejayaan individu, ini kejayaan semua yang buatkan saya positif dan cukup bertenaga,” katanya.
Tidak terhenti di gunung K2, Ravichandran berkata, dia berhasrat menakluk 14 gunung tertinggi di dunia dalam tempoh tiga tahun antaranya Gunung Annapurna I dan Gunung Broad Peak (K3), Pakistan. FMT
Saya menangis, kencing dalam sut, Ravi kongsi perit tawan K2
Baca Artikel Menarik:
- Penganggur maut ditetak ketika menjamu selera
- Perlantikan Timbalan Perdana Menteri tiada langsung keperluan
- DJ Lin kesal tindakan Fizi Ali
- ‘Serbuan’ ADUN Titi Serong, polis tahan 3 lelaki disyaki terbabit judi dalam talian
- Lelaki geram belasah teman wanita di pawagam kerana minta berpisah
- Budak lelaki masuk dalam kain, penyanyi wanita teruskan nyanyian
- Pesan nasi ayam, dapat lauk tikus ‘crispy’
- Ini punca mengapa adik Ainul Mardhiah tenat
- Serah Pada Allah dan Polis Je – Fazura
- Kak KM kena kecam goyang ‘aset’ rai kemenangan kes saman (Video)
- RM45,000 hilang ketika serbuan, pegawai dan 2 anggota polis ditahan
- Yusof Haslam minta Syamsul, isteri perbetul keadaan
- Mi segera, ini 10 fakta kenapa anda perlu elak beri anak makan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]
Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.