Doktor Pakar Estetik ditahan

Doktor Pakar Estetik ditahan

Raih pendapatan bulanan ‘luar biasa’ hingga mampu memiliki premis bernilai jutaan ringgit bagi menjalankan kegiatan perubatan estetik tidak berdaftar selain sebagai doktor gigi palsu.

Itu antara hasil risikan dilakukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan serbuan dilakukan di sebuah premis di Bukit Jalil di sini, kelmarin.



Kegiatan wanita yang juga bekas pramugari yang berlagak tidak ubah sebagai ‘doktor pakar kecantikan bertauliah’ selain memiliki klinik tidak berdaftar itu dibongkar hasil pemeriksaan mengejut sepasukan pegawai KKM kira-kira jam 11 pagi itu.

Sumber KKM berkata, wanita berusia 25 tahun itu dikesan menawarkan pelbagai bentuk rawatan estetik wajah haram selain turut menjalankan khidmat rawatan veneer gigi dan braces.

“Sebelum ini premis sama pernah diserbu Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) pada 14 Jun lalu dan diberikan notis.

“Bagaimanapun pemilik premis masih berdegil meneruskan kegiatan sebagai doktor perubatan dan pergigian tidak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan Majlis Pergigian Malaysia di premis turut tidak berdaftar dengan KKM,” katanya.



Menurutnya, wanita itu yang sudah berkahwin mengiklankan perkhidmatan itu melalui media sosial dengan mengenakan caj rawatan tinggi.

“Dalam serbuan itu, pihak KKM turut merampas peralatan disyaki digunakan dalam menawarkan rawatan estetik dan rawatan pergigian.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) iaitu menyediakan klinik perubatan dan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di bawah Akta ini.

Mengikut, Seksyen 4(1), tiada seorang pun boleh menubuhkan, menyenggarakan, mengendalikan atau menyediakan suatu klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta melainkan jika klinik itu didaftarkan di bawah Seksyen 27.



“Individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman memaklumkan pihaknya menyerbu tiga pusat kecantikan tidak berdaftar dengan KKM yang menawarkan rawatan estetik serta pergigian iaitu venir pergigian (veneer) dan pendakap gigi (braces).

Beliau berkata, tindakan diambil susulan aduan awam melalui Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SiSPAA) berhubung rawatan pergigian oleh pengamal pergigian tidak berdaftar di pusat-pusat kecantikan sekitar negeri ini.

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan penguatkuasaan ke atas dua premis yang terletak di Bandar Baru Bangi dan Bukit Jalil manakala satu lagi serbuan di premis terletak di Subang Jaya.



“Ketiga-tiga premis ini disyaki menyediakan perkhidmatan rawatan pergigian, ‘veneer’ dan ‘braces’ yang dilakukan pengamal pergigian tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia malah dijalankan di premis tidak berdaftar dengan KKM,” katanya.

Dr Sha’ari berkata, ketiga-tiga premis yang dikendalikan warga tempatan itu didapati menawarkan perkhidmatan melalui media sosial secara berleluasa seperti laman Instagram, Facebook dan Tik Tok.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas peralatan yang disyaki digunakan dalam menawarkan rawatan pergigian dan rawatan estetik.

“Walaupun harga ditawarkan murah, tetapi orang ramai akan terbeban dengan kos rawatan susulan yang tinggi akibat komplikasi rawatan berkenaan.



“Di samping itu, orang awam juga berisiko mendapat jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV dan Hepatitis akibat penggunaan peralatan yang tidak dibasmi kuman secara sempurna,” katanya. HM

Doktor Pakar Estetik ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker