“Saya Sentiasa Mahal” – Adi Putra Letak Bayaran Tinggi Sesuai Komitmen Dan Mutu Lakonan

“Saya Sentiasa Mahal” – Adi Putra Letak Bayaran Tinggi Sesuai Komitmen Dan Mutu Lakonan

PELAKON Datuk Adi Putra menyifatkan pengalamannya lebih sedekad sebagai pelakon adalah wajar sekiranya dia ingin meminta bayaran tinggi daripada penerbit.

Adi atau Muhammad Hadi Putera Halim, 41, berkata, ‘mahal’ itu lebih fokus kepada usaha keras pelakon yang bekerja siang dan malam termasuk memberi mutu lakonan berkualiti.



“Saya sentiasa ‘mahal’, tetapi mahal itu lebih kepada komitmen kita yang sudah lama bekerja. Jadi kita tahu bagaimana cara kerja kita siang dan malam. Mahal itu bukan stigma, tetapi lebih kepada dihargai.

“Saya ini nak tumpang juga rakan-rakan seniman lain yang ada nilai. Kita tahu rakan artis dan kru bagaimana cara kerja. Jadi apa salahnya jika ‘mahar’ ditingkatkan sedikit,” katanya kepada mStar.



Meskipun sebelum ini pernah terpalit kontroversi sebagai pelakon ‘demand’ tinggi, Adi Putra bagaimanapun menyifatkan permintaannya itu satu tindakan wajar.

“Pernah dulu orang cakap saya seorang yang demand. Pada saya perkara itu penting. Kalau kita tidak mempunyai tanda aras tinggi, kita tidak diibaratkan tiada arah tuju. Demand itu bermaksud kita tahu apa yang kita mahukan.

“Sekiranya kita masih bermain tarik tali, bermaksud kita masih terkapar-kapar di atas lautan,” terangnya.



Pada masa sama pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu turut berpendapat peningkatan bayaran pelakon perlu memandangkan had gaji minimum meningkat daripada RM1,200 kepada RM1,500 tahun ini.

Perkara itu juga dilihat sebagai salah satu langkah untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

“Bayaran mahal bukan bermaksud tidak boleh tawar menawar, tetapi zaman sekarang ini kita tahu terhadnya bagaimana,” jelasnya.mSTAR

“Saya Sentiasa Mahal” – Adi Putra Letak Bayaran Tinggi Sesuai Komitmen Dan Mutu Lakonan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah



Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker