Kantoi tanam ganja dalam kebun



Kantoi tanam ganja dalam kebun

Sibu: Taktik lima individu menggunakan kebun sayur untuk menyembunyikan kegiatan penanaman ganja mereka di Sungai Bidut dekat sini terbongkar dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sibu, Rabu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, kelima-lima individu berumur 29 hingga 59 tahun itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga asing.

Beliau berkata, polis turut merampas 34 pokok ganja berketinggian antara 0.6 meter dan 2.13 meter dianggarkan bernilai RM56,346 pada serbuan antara 7.30 pagi hingga 3.30 petang itu.

“Sebuah kereta bernilai RM40,000 yang digunakan suspek disita di bawah Seksyen 25 Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.




Menurutnya, kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan hanya lelaki tempatan berkenaan didapati positif terhadap dadah jenis tetrahydnocarrabinol.

Mancha berkata, kesemua mereka direman dua hari bermula semalam bagi siasatan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala lelaki tempatan itu turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana mengambil dadah. HM

Kantoi tanam ganja dalam kebun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak



Leave a Reply

Your email address will not be published.