Tak jadi bunuh diri, tak tahan panas api

Tak jadi bunuh diri, tak tahan panas api

Jempol : Masalah emosi dan keluarga menyebabkan seorang lelaki berusia 33 tahun cuba membunuh diri dengan membakar kereta Toyota Vios miliknya di dalam kebun getah di Kampung Bukit Tempurung petang semalam.

Bagaimanapun disebabkan tidak tahan dengan panas daripada api kereta yang terbakar, mangsa akhirnya keluar dari kenderaannya itu bagi meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata polis sebelum itu menerima panggilan telefon daripada orang ramai pada jam 7.03 malam semalam mengenai kejadian kereta terbakar di kebun berkenaan.

Katanya, mangsa kemudian ditemui orang ramai pada jam 8.30 pagi dalam keadaan tidak berpakaian selain terdapat kesan melecur pada bahagian badan di tepi jalan kawasan Kampung Bukit Tempurung.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

“Mangsa beritahu dia disamun oleh dua lelaki yang tidak dikenali menggunakan motosikal ketika berada di kawasan Juasseh, Kuala Pilah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoo berkata ketika siasatan lanjut dijalankan polis, mangsa mengaku kejadian samun itu adalah tidak benar.

“Mangsa membakar sendiri keretanya dengan memasukkan kertas surat khabar ke dalam lubang tangki minyak dan kemudian membakar kertas itu dengan pemetik api.

“Tujuan mangsa berbuat demikian kerana tidak mahu masalah yang dialami diketahui ahli keluarganya. Justeru itu, polis menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan video serta gambar yang tersebar di media sosial berkaitan kejadian ini.

“Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 309 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya. HM

Tak jadi bunuh diri, tak tahan panas api


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker