Jangan meroyan teruk sangat, apalah nak ditakut Hari Peradaban Bangsa Melayu

Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya pelik apabila ada pihak ‘meroyan’ dengan penganjuran Festival Hari Peradaban Bangsa Melayu.

Lebih menghairankan, sebuah portal memuat naik komen pembaca yang mengaitkan beliau dan festival yang akan diadakan 30 Julai ini dengan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Entahlah apa yang ditakutkan sangat dengan penganjuran Festival Hari Peradaban Bangsa Melayu yang bakal kita anjurkan Sabtu nanti. Sampaikan keluar pula kenyataan merepek-repek yang entah apa kaitannya. Mungkin inilah definisi jelas untuk ‘meroyan’.



“Saya pun tak tahulah bagaimana isu Apandi Ali ini nak dikaitkan dengan saya dan program yang kita bakal adakan itu.

“Sudahlah saya dan rakan-rakan penganjur tak kenal pun Apandi Ali, tiba-tiba persoal apakah beliau akan ‘ketuai’ upacara perarakan program ini nanti. Memang sangat melucukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun melihat perkara itu daripada perspektif positif bahawa ia ‘free marketing’ untuk mempromosikan program berkenaan.

“Kalaulah artikel ini datang dari blog picisan taraf cybertrooper murahan (dan tak laku), boleh tahan lagi. Tapi ini diterbitkan oleh sebuah portal berita berprofil tinggi yang punyai pembaca yang sangat ramai.



“Apa-apa pun, teruskanlah meroyan,” katanya.

Program Peradaban Bangsa Melayu bakal menghimpunkan 50,000 pengunjung, selain menjadi tarikan pelancong luar dengan menampilkan beberapa perkara melibatkan kehebatan masyarakat Melayu di negara ini.

Program julung kali itu bakal diadakan di Padang Merbok dan akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Antara yang akan ditampilkan termasuklah pameran busana Melayu, seni persilatan, keris dan perarakan sempena Maal Hijrah.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami



Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker