Bubar Parlimen, ini kata PM
Bubar Parlimen, ini kata PM
Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi bayangan agak jelas bahawa masih ada banyak isu perundangan yang perlu diselesaikannya sebelum mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar parlimen dibubarkan.
Bercakap kepada pemberita pada sambutan Jubli Perak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) petang ini, perdana menteri berkata, antara agendanya ialah menggubal undang-undang mengenai pembiayaan politik serta memisahkan peranan pendakwa raya dan peguam negara.
Kenyataan itu dibuat Ismail Sabri ketika tempoh berkuat kuasanya memorandum persefahaman (MOU) di antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) bakal berakhir hujung bulan ini.
Menurut Ismail Sabri dia tidak akan menyambung atau melanjutkan MOU dengan PH selaras dengan ketetapan dibuat partinya, Umno.
“Umno telah membuat keputusan (kerajaan) tidak akan melanjutkan memorandum persefahaman (MOU) dengan pembangkang.
“Dan saya telah berjumpa dengan pemimpin parti pembangkang, di mana kita semua bersetuju bahawa tidak penting sama ada kita mempunyai perjanjian bertulis atau tidak.
“Apa yang lebih penting ialah persefahaman kita dalam beberapa isu,” katanya kepada media di Kuala Lumpur.
Pertama, kata Ismail Sabri, rang undang-undang bagi mengekang lompat parti yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini yang sudah disepakati dengan pembangkang.
“Kami juga ada beberapa perkara lain yang telah kami persetujui, termasuk (menggubal undang-undang) mengenai pembiayaan politik.
“Kami telah banyak kali memperkatakan tentang undang-undang pembiayaan politik sebelum ini, bahawa setiap kali parti politik menerima dana daripada pihak ketiga, ia mesti menjelaskan dari mana mereka mendapatnya,” tambah ahli parlimen Bera itu.
Kenyataan Ismail Sabri itu sebagai menjawab pertanyaan mengenai pendirian kerajaan berhubung MOU dengan PH.
Bubar bila rasa sesuai
Di samping perjanjian untuk melakulan beberapa reformasi, MOU berkenaan ditandatangani sebagai persetujuan pembangkang untuk tidak menyokong sebarang langkah menggulingkan perdana menteri.
Ketika ditemu bual, Ismail Sabri menyebut bahawa dia juga mempunyai beberapa pembaharuan lain yang belum dilaksanakan termasuk untuk memisahkan peranan Peguam Negara dengan tugas pendakwaan.
Pada masa sama perdana menteri menegaskan Umno sendiri mahukan beberapa pembaharuan termasuk agar negara ini mempunyai undang-undang yang mengawal dana politik.
Bagaimanapun, dia tidak memberikan jawapan yang jelas jika kelulusan pembaharuan itu merupakan prasyarat bagi memulakan langkan membubarkan parlimen.
Kata Ismail Sabri keputusan membubarkan parlimen tidak terikat dengan apa-apa prasyarat, dan dia sendiri akan membuat keputusan tersebut apabila berpendapat masanya sudah tiba.
“Bubar parlimen tu bila-bila masa, tak tergantung pada mana-mana, asalkan sampai waktunya saya dah anggap ia sesuai untuk dibubarkan, saya bubarlah,” katanya.
Ketika ditanya media jika pembubaran itu hanya akan berlangsung pada tahun depan, Ismail Sabri menjawab: “Sama ada tahun ni atau tahun depanlah.” Mk
Bubar Parlimen, ini kata PM
Baca Artikel Menarik:
- ADUN Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah
- Baru kenal tak sampai 24 jam kena cekup khalwat
- Wany Hasrita simpan rahsia selama 12 tahun
- Haneesya Hanee cemburu dengan Anna Jobling?
- Pengundi takkan tertipu dengan logo PN baharu, tapi wajah lama – penganalisis
- Bukan tak ada kerja, rakyat Kelantan suka berhijrah – Amar
- Lalu jalan baru diturap, motosikal ‘mangkuk ayun’ tersekat [VIDEO]
- Kertas siasatan pendakwah bebas rogol remaja dirujuk TPR
- Calon PM UMNO yang ditetapkan MKT adalah Ismail Sabri Yaakob
- Kepala lelaki terselamat dengan topi keledar berkualiti walaupun kepalanya digilis tayar bas [VIDEO]
- Suami ceraikan isteri bukan doktor selepas 3 hari berkahwin
- Empat maut ambulans ‘melekat’ di plaza tol
- Permohonan gantung bayar RM3.1 juta kes potong zakar ditolak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)
Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen