Wanita ditikam ikan layaran ketika memancing

Wanita ditikam ikan layaran ketika memancing

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang wanita di negeri Florida, Amerika Syarikat cedera ditikam seekor ikan layaran ketika keluar memancing di atas bot bersama dua rakannya, lapor laman berita Wion News semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Katherine Perkins, 73, diserang oleh ikan layaran seberat 45.35 kilogram yang tiba-tiba melompat keluar dari permukaan laut.



Pejabat Syerif Daerah Martin menyatakan, paruh runcing ikan itu menembusi pangkal paha mangsa dalam kejadian pada Selasa minggu lalu.

Berdasarkan laporan insiden, dua lelaki lain turut berada di atas bot yang sama ketika mangsa menyedari terdapat seekor ikan layaran cuba menyerang bot mereka.

Ikan itu melompat keluar dari permukaan air dan menikam mangsa yang berdiri di bahagian tengah bot.

Sejurus selepas kejadian, kedua-dua rakannya cuba mengawal pendarahan dengan mengenakan tekanan pada bahagian yang cedera.



Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital, namun keadaannya tidak diketahui. Menurut media tempatan, mangsa memberitahu serangan itu berlaku dengan pantas dan tiada orang lain yang cedera.

Ikan layaran merupakan satu daripada dua spesies ikan laut dalam genus Istiophorus, yang berada dalam kumpulan Istiophoridae.

Memiliki warna biru dan kelabu, ikan bersirip besar itu dikatakan antara spesies terpantas di lautan. K Online

Wanita ditikam ikan layaran ketika memancing




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)



Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker