Helikopter bertembung: Klip video hari keluarga mangsa nahas dikongsi rakan undang sebak netizen

Helikopter bertembung: Klip video hari keluarga mangsa nahas dikongsi rakan undang sebak netizen

KUALA LUMPUR: Klip video lama yang dikongsi seorang rakan rapat memperlihatkan gelagat seorang daripada mangsa nahas helikopter yang tersenyum dan ketawa riang bersama rakan ketika menyediakan makanan untuk sambutan hari keluarga mereka, mengundang sebak ramai orang.

Video dikongsikan Tokey Sticker di platform sosial X, menunjukkan Pegawai Waran II TMK, Mohd Shahrizan Mohd Termizi sedang bergotong-royong bersama rakannya, dipercayai dirakamkan pada 2022.



Video berdurasi 46 saat itu merakamkan Mohd Shahrizan tersenyum dan bergurau senda bersama rakan sambil tangannya lincah memotong lobak merah.

“Ini video kami bergotong-royong memasak semasa Hari Keluarga ZRR80 Utara 2022. Semoga Allah menempatkan Mohd Shahrizan Mohd Termizi dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya pada keterangan video terbabit.

Dalam catatan berasingan, Tokey Sticker turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan Allahyarham Mohd Shahrizan yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut.

Catatan itu dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai.



“Ya Allah, takziah. Moga kuat. Semoga arwah tergolong dalam kalangan orang yang beriman,” itu antara ucapan takziah yang ditinggalkan di ruangan komen catatan itu.

Seorang pengguna dengan nama, Suriati menulis komen berbunyi, “Ia ujian besar buat Kak Ain dan keluarga. Saya terkejut mendapat perkhabaran ini,” tulisnya.

Mohd Shahrizan antara 10 kru helikopter yang maut akibat perlanggaran antara dua helikopter pagi tadi.

Helikopter Operasi Maritim (HOM) Agusta Westland AW139 dan Eurocopter Fennec bertembung ketika sedang melakukan raptai formasi udara ketika latihan flypast untuk sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).



Susulan kejadian itu, helikopter AW139 HOM terhempas di tangga Stadium Tentera Laut, manakala Fennec terhempas berhampiran kolam Kompleks Sukan Tentera Laut. BH



Helikopter bertembung: Klip video hari keluarga mangsa nahas dikongsi rakan undang sebak netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau



Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah



Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker