Shafee kekal peguam Najib bagi kes lain

Shafee kekal peguam Najib bagi kes lain

Datuk Seri Najib Razak mengesahkan pelantikan Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, TH Liew & Partners sebagai peguamcara untuk rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC) dengan Hisyam Teh sebagai peguam utama dan peguam bersama yang lain.

Menurut Najib, pertukaran peguam dilakukan selepas peguam kanan (QC), Jonathan Laidlow tidak diterima mewakilinya dalam rayuan akhir kes tersebut. Keputusan itu juga dibuat selepas berunding dengan peguam di Singapura dan Peguambela Kanan India.



Bekas Perdana Menteri itu berkata, pelantikan tersebut berkuat kuasa semalam. Najib melahirkan keyakinan bahawa pasukan baharu ini akan membawa perspektif berbeza kepada pembelaannya.

”Tuduhan percanggahan kepentingan adalah serius bagi hakim dan pihak yang berperkara Dalam hal ini, permohonan berkenaan telah difailkan di mahkamah,” kata Najib dalam satu kenyataan di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut kerana kes ini masih belum selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Tambah Najib, peguam cara terdahulu yang terlibat dalam rayuan SRC iaitu Shafee and Co. dan bekas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kekal sebagai peguam cara dan peguam dalam semua kes lain yang melibatkan beliau.



Beliau turut merakamkan sokongan dan penghargaan kepada seluruh pasukan guamannya atas komitmen dan usaha berterusan mereka dalam memastikan beliau mendapat perbicaraan yang adil.

Lantaran itu, beliau menegaskan adalah tidak adil bagi media untuk membuat kesimpulan atau melaporkan bahawa Shafee dan Co telah “diusir” atau “dibuang”.

Najib berkata, beliau seperti orang lain yakin dengan sistem perundangan Malaysia. Oleh itu, tegas Najib, proses undang-undang akan membuktikan beliau tidak bersalah dan memberikan keadilan, yang semua rakyat Malaysia layak di sisi undang-undang.

Shafee kekal peguam Najib bagi kes lain




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)



Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker