Pempengaruh Media Sosial Anwar Hadi, Takahara Suiko Sah Bercerai ‘Ditakdir Berpisah, Masih Berkawan Baik’

Pempengaruh Media Sosial Anwar Hadi, Takahara Suiko Sah Bercerai ‘Ditakdir Berpisah, Masih Berkawan Baik’

PEMPENGARUH media sosial, Anwar Hadi mendedahkan perkahwinanya bersama isteri yang juga penyanyi, Takahara Suiko sudah berakhir.

Khabar itu dimaklumkan sendiri oleh Anuar menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya.



“Kami dah bukan lagi suami isteri. Kami masih berkawan baik.

“Terima kasih @takaharasuiko untuk masa, ruang, kesabaran, empati, gelak tawa, air mata, senyum manis, kata-kata galakan, kepercayaan dan memori,” tulisnya pada kapsyen.

Dalam pada itu, Takahara atau nama aslinya Izzaty Khalir turut menyifatkan perakhiran kisah mereka adalah sebuah takdir dan hubungan itu harus dileraikan secara baik demi kebaikan bersama.



“Kami lebih baik sebagai kawan. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama dan ia berjalan dengan sangat lancar.

“Sewaktu proses ini berlangsung, kami masih lagi bergurau dan bersembang seperti hari-hari biasa.

“Sudah tentu saya menangis. Gila tak menangis. Tapi jalani terapi secara sendiri ini banyak mengajar saya memberi kefahaman terhadap situasi ini.

“Hubungan romantik ini harus berakhir demi kebaikan bersama. Kami mempunyai visi yang berbeza mengenai sesuatu perhubungan itu. Kami ditakdirkan untuk berpisah.



“Saya sedang mengambil masa untuk memproses tentang semua perkara ini sejak beberapa bulan yang lalu.

“Saya sangat menyayanginya dan saya tak boleh pentingkan diri. Jadi saya lepaskan dia pergi,” katanya.

Anwar dan Izzaty mendirikan rumah tangga pada Disember 2015 sebelum masing-masing memilih untuk berpisah.AA

Pempengaruh Media Sosial Anwar Hadi, Takahara Suiko Sah Bercerai ‘Ditakdir Berpisah, Masih Berkawan Baik’



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker