Tommy Thomas Perlu Dihalang Keluar Negara

Oleh Tun Teja

Surat Tommy Thomas dikatakan punca keputusan ancam aset Malaysia bernilai RM66 bilion di luar negara. Oleh itu Tommy perlu dihalang dari keluar negara sehingga kebenaran berkenaan perkara ini dibongkar.

Perlu kita tahu bahawa notis saman timbang tara wakil Sulu dikemukakan secara rasmi kepada Malaysia dalam bulan Julai 2019 ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) bermaharajalela.



Dalam surat Tommy kepada Sulu tersebut menyatakan kekesalan Tommy Thomas berhubung tindakan kerajaan tidak membayar tuntutan Sulu berulang kali disebut dalam 297 perkara dalam penghakiman timbang tara itu. Itu antara punca utama aset Malaysia bernilai RM66 bilion di luar negara terancam.

Dua ahli parlimen merangkap Timbalan Menteri kerajaan PH mendakwa mereka terkejut dan tidak pernah mengetahui kewujudan surat Tommy dan tidak tahu sekiranya surat tersebut mendapat mandat kerajaan PH.

Ini soal kedaulatan negara dan soal ancaman kepada aset luar negara Malaysia bernilai RM66 bilion.

Isu amat berat ini disifatkan oleh mahkamah antarabangsa sebagai mengiktirafkan tuntutan Sulu ke atas Sabah. Perlu kita ingat bahawa Tommy kesal berhubung tindakan kerajaan tidak membayar tuntutan Sulu. Kekesalan Tommy ini berulang kali disebut dalam 297 perkara dalam penghakiman timbang tara itu.



Memandangkan Perdana Menteri, Timbalan PM, Menteri KDN, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan kerajaan PH masih membisu berhubung tuntutan Sulu dan surat Tommy ini biarpun ianya isu yang paling hangat ketika ini, Datuk Seri Najib berpendapatadalah wajar dan adil untuk kerajaan hari ini mengambil langkah berjaga-jaga menghalang Tommy daripada keluar negara sehingga status samada surat Tommy telah dibincang dan mendapat mandat kabinet kerajaan PH atau pun tidak.

Malah kerajaan sepatutnya turut menghalang PM, Timbalan PM, Menteri KDN, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan kerajaan PH dari keluar negara bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan telus.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker