Rempuh 8 kereta di tempat parkir, pemandu lori mengaku salah

Rempuh 8 kereta di tempat parkir, pemandu lori mengaku salah

Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Klang atas pertuduhan memandu secara melulu hingga melanggar lapan buah kereta yang diparkir di Jalan Beringin dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohammad Khirudin, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amiful Asyraf Abdul Rasid.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan ikat jamin RM3,500 bersama seorang penjamin dan menetapkan 12 September ini sebagai tarikh jatuh hukum.

Ketua Polis Klang Selatan Cha Hong Fong dalam kenyataannya berkata, kemalangan berlaku 9.40 malam, 8 Julai lalu di Jalan Beringin, Pelabuhan Klang.

Katanya, pemandu lori itu telah merempuh lapan buah kereta yang sedang parkir di petak letak kereta sebelah kiri jalan.

“Pemandu lori telah tampil membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Ujian pernafasan telah dilakukan terhadap pemandu lori tersebut dan didapati kandungan alkohol melebihi had yang dibenarkan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Kes telah disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020). FMT

Rempuh 8 kereta di tempat parkir, pemandu lori mengaku salah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker