Pemilik Crackhouse yang hina Melayu dan Islam akan didakwa esok
Pemilik Kelab Komedi Crackhouse Rizal Van Geyzel yang mendapat perhatian baru-baru ini berhubung jenaka yang menyentuh Islam akan didakwa di mahkamah esok.
Menurut kenyataan Bukit Aman, dia akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia di Mahkamah Sesyen Jenayah Siber Kuala Lumpur pada jam 9 pagi.
Difahamkan dia akan dikenakan tiga pertuduhan di bawah undang-undang, yang menetapkan kesalahan berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, berhubung video yang dikatakan memaparkan Rizal didakwa membuat jenaka mengenai stereotaip kaum.
Dalam klip video selama satu minit yang tersebar dalam talian, dipercayai dari 2018, Rizal dilihat bercakap mengenai Malaysia mempunyai stereotaip kaum Melayu, India dan Cina.
“Kami ada beberapa stereotaip, (bahawa) semua orang India datang dari Klang. Itu tidak benar. Ada di antara mereka juga tinggal di Jalan Gasing ok,” katanya yang menghiburkan penontonnya.
“Saya cuma cakap, jaga fakta. Sesiapa pun boleh datang ke sini dan kata semua orang Melayu malas bekerja. Itu tidak betul. Ada di antara kita yang tak ada kerja pun.
“Sesiapa sahaja boleh datang ke sini dan (kata) macam-macam stereotaip. (Itu) orang Cina semua kedekut dan asyik memikirkan pasal duit saja… sebenarnya itu juga benar la,” kata Rizal.
Kelab Komedi Crackhouse mendapat sorotan serius baru-baru ini berhubung persembahan kontroversi yang menyentuh Islam, membawa kepada penahanan serta cpendakwaan terhadap seorang wanita dan teman lelakinya.
Rizal kemudiannya turut dikaitkan juga apabila beberapa video lama persembahan komedi kontroversi mula muncul semula. Dia ditangkap oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 14 Julai lalu dan ditahan reman.
Beberapa hari kemudian, kelab komedi itu telah dirosakkan manakala Rizal menerima ugutan bunuh yang dihantar melalui isterinya. Polis percaya dua kejadian itu ada kaitan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose
You must be logged in to post a comment.