Iwan Syahman berhijrah, inlah sebab utama

 

PETALING JAYA – Bekas penyanyi dangdut Iwan Syahman berkongsi pengalaman sedih apabila pernah diejek-ejek anak-anaknya iaitu pelakon Aprena Manrose dan Oktovia Manrose ketika kedua-duanya masih kecil.

Perkara menyedihkan itu berlaku sewaktu Iwan mahu bertemu dengan anak-anaknya yang ketika itu masih kecil untuk melepaskan rindu selepas bercerai dengan bekas isterinya.



“Anak-anak menjadi asbab juga untuk saya berhijrah ke arah kebaikan. Saya masih ingat sewaktu anak-anak masih kecil, saya rindu sangat pada mereka.

“Bila rindu, saya datanglah ke rumah janda saya. Tapi tidak boleh masuk, hanya menunggu di depan pintu pagar.

“Bila saya panggil anak-anak (Wan Ramada, Aprena dan Oktovia) yang ketika itu berusia tujuh, lima dan tiga tahun, mereka keluar tapi bukan sebab hendak berjumpa saya, tapi untuk mengejek-ejek saya,” katanya menerusi sebuah video ceramah yang dimuat naik dalam saluran YouTube, Abdull Yusoff.

Tambah penyanyi yang popular menerusi lagu Yang Sedang-Sedang Saja itu lagi, anak-anaknya telah mengejeknya dengan menjelir-jelirkan lidah dan menepuk-nepuk punggung sehingga membuatkan hatinya berasa sangat sedih.



“Saya panggil mereka. Berjam-jam saya menunggu, tapi tidak dapat berjumpa,” katanya.

Disebabkan kejadian menyedihkan itu, Iwan mula berkata dirinya mula menjadi resah memikirkan tentang anak-anak yang tidak suka padanya sekali gus menjentik hatinya untuk berubah ke arah kebaikan.

“Tuhan hendak tunjuk. Anak sendiri tidak suka pada saya ketika mereka kecil. Saya balik dan mula resah. Ada anak pun mereka tidak suka dengan saya.

“Saya berfikir kalau saya mati bagaimana agaknya?” ujar Iwan.



Terdahulu, Iwan mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Allahyarham Rosnah Mohd Noor selama lapan tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Octovia dan Aprena.

Perkahwinan kedua Iwan bersama Wan Rafidah Abu Bakar pada 1988 hanya bertahan selama lapan tahun. Mereka mempunyai anak angkat, Nursyafiqah Emisya.

Iwan kemudian mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Evie Surriyanti yang berasal dari permatang Siantar, Medan, Indonesia sejak 12 tahun lalu dan dikurniakan enam orang cahaya mata.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker