Pemandu Myvi ditahan keluarkan kata kesat kepada anggota Polis

Pemandu Myvi ditahan keluarkan kata kesat kepada anggota Polis

TINDAKAN seorang pemandu mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang sedang bertugas mengundang padah apabila dia ditahan dalam satu kejadian di Ampang, Selangor hari ini.

Lelaki itu dipercayai berang setelah polis mengeluarkan saman halangan ke atas kenderaan yang didakwa miliknya semasa Op Halangan Lalulintas di Jalan Pandan Indah 4/8.



Friends of Trafik Ampang dalam hantaran di akaun Facebook miliknya berkata, sewaktu seorang anggota selesai mengeluarkan saman, suspek datang dan mengaku kereta itu adalah miliknya dalam keadaan tidak berpuas hati.

“Setelah diterangkan kesalahan yang dilakukan, individu tersebut terus beremosi dan melemparkan kata-kata kesat yang berunsur lucah kepada anggota yang sedang bertugas,” katanya.

Hantaran itu turut dikongsi akaun Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

Kata hantaran itu lagi, dengan bantuan lain-lain anggota bertugas, pemandu tersebut telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut.



Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat (Lucah).

Menurut hantaran itu, orang awam dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan oleh undang-undang di samping memberi kerjasama kepada anggota penguatkuasa yang menjalakan tugas.

Orang awam juga dinasihatkan agar sentiasa menjaga tingkah laku dan pertuturan supaya ia tidak melanggar undang-undang. Utv

Pemandu Myvi ditahan keluarkan kata kesat kepada anggota Polis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker