Perkelahian dalam perkahwinan satu kewajipan – Dr. Say
Perkelahian dalam perkahwinan satu kewajipan – Dr. Say
Pempengaruh media sosial, Muhammad Shazril Shaharuddin atau Dr. Say menafikan miliki rumah tangga sempurna tanpa perselisihan dengan isteri, Azura Abas.
Dr. Say menerusi Instagram mengakui seperti pasangan lain, dia dan isteri adakalanya ‘berkelahi’
“Mungkin ada yang ingat hubungan saya dan isteri sempurna, indah belaka tak ada perselisihan, bahagia selalu.
“Izinkan saya tekankan, perkelahian dalam perkahwinan itu satu kewajipan. Tambahan lagi, baru sahaja kelahi.
“Tapi mujur bini saya jenis ‘persistent’, dia tahu saya jenis ‘tak cakap mulut’ maka dia WhatsApp saya, buat segala luahan hati,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, bapa dua cahaya mata itu berkongsi nasihat kepada pasangan bercinta agar kenal hati budi pasangan masing-masing sebelum memutuskan mendirikan rumah tangga.
“Ada yang takut nak kahwin, takut dapat pasangan yang tak sepadan. Namun, perkahwinan umpama kerjaya atau perniagaan yang akan dilanda ketidaktentuan, turun naik.
“Apa yang boleh anda lakukan adalah lengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan tanya orang yang lebih arif dalam bidang atau perniagaan tertentu.
“Sama macam perkahwinan, kalau boleh kenal isi hati, budi pekerti teman lelaki atau wanita dan reaksi teman lelaki atau wanita masa dia marah,” kongsinya lagi.
Dr. Say dan Azura diijabkabulkan pada Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Utusan
Perkelahian dalam perkahwinan satu kewajipan – Dr. Say
Baca Artikel Menarik:
- Bekas pembaca berita stesen TV yang hilang masih belum dijumpai
- Puteri Sarah Liyana saman netizen
- Seru ahli PKR serang Najib hanya menguntungkannya – penganalisis
- Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel
- Balu Arwah Abam Beli Vellfire, Ali Puteh Kena Kecam Dengan Netizen
- Wartawan kena sekolah oleh peniaga tak mahu jual minyak masak paket
- Islam Suruh Kahwin, Bukan Bermaksiat 4 Tahun – Puteri Sarah
- Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi
- Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan
- Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki
- Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
- Lelaki Ini Sanggup Derma Air Mani Untuk Bantu Pasangan Tak Subur, Kini Dah Ada 22 Orang Anak
- Sudahlah Anwar berbohong, rakyat makin cerdik dan bermaklumat/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu
Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]
Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.