Britain alami cuaca paling panas minggu ini

Britain alami cuaca paling panas minggu ini

Britain bersiap sedia untuk menghadapi suhu mencecah 40 darjah Celsius buat kali pertama minggu ini, dengan kerajaan menggesa orang ramai untuk tinggal di rumah kerana gelombang panas menyebabkan perkhidmatan kereta api dibatalkan dan landasan sebuah lapangan terbang London ditutup.

Sekolah-sekolah juga tidak dibuka.



Sebahagian besar Eropah berdepan dengan gelombang haba, mendorong suhu mencecah lebih 40 darjah Celcius di beberapa wilayah.

Pada masa sama kebakaran hutan melanda kawasan luar bandar yang kering di Portugal, Sepanyol dan Perancis.

Kerajaan Britain mencetuskan amaran “kecemasan negara” kerana suhu diramalkan melepasi rekod sebelumnya iaitu 38.7 darjah Celsius di Taman Botani Universiti Cambridge pada 2019.

Pada Isnin, suhu mencecah 38 darjah Celsius di selatan England dan paras tertinggi baharu dicatatkan di Wales, menurut Pejabat Meteorologi Britain.



Suhu dijangka lebih panas pada hari Selasa, diramal melebihi 40 darjah Celsius.

“Kami akan melalui 48 jam yang sukar,” Kit Malthouse, seorang menteri yang bertanggungjawab dalam penyelarasan kerajaan.

Lapangan Terbang Luton di London berkata, penerbangan digantung selepas kecacatan ditemui di permukaan landasan, menyebabkan penerbangan dialihkan dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Brize Norton

Rangkaian kereta api nasional menggesa penumpang supaya tidak melakukan perjalanan melainkan perlu, dengan beberapa perkhidmatan – termasuk laluan utama antara timur laut England dan London – tidak beroperasi pada hari Selasa.



Rangkaian metro London mengenakan sekatan kelajuan sementara, bermakna perjalanan mengambil masa lebih lama daripada biasa.

Jake Kelly dari Network Rail beliau berharap operasi biasa akan disambung semula pada hari Rabu, apabila suhu diramalkan turun, tetapi itu akan bergantung kepada “kerosakan yang disebabkan oleh cuaca terhadap infrastruktur dalam beberapa hari akan datang”.

Untuk menyerlahkan isu itu, Network Rail menghantar ciapan gambar rel yang berbelit berhampiran London.

Kerajaan telah menggesa sekolah untuk terus dibuka tetapi banyak yang ditutup lebih awal daripada biasa.



Orang ramai diberi amaran supaya tidak berenang di air terbuka untuk menyejukkan badan, dengan polis melaporkan dua remaja maut selepas mengalami masalah ketika berenang di tasik dan sungai.

Beberapa kilang juga membawa waktu operasi mereka ke hadapan, untuk mengelakkan pekerja dalam industri kimpalan jatuh sakit.

Sekurang-kurangnya sebuah zoo besar, di Chester akan ditutup selama dua hari.

Manakala di Parlimen, peraturan biasa yang memerlukan penggubal undang-undang memakai jaket atau tali leher dilonggarkan. MG



Britain alami cuaca paling panas minggu ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu



Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker