Ibu tunggal cekal jaga ibu perlu bantuan

Ibu tunggal cekal jaga ibu perlu bantuan

BALING: Demi kasih kepada ibu dan ibu saudara yang telah tua dan tidak berdaya, seorang anak perempuan bongsu cekal dan tabah menjaga mereka hingga sanggup mengetepikan keperluan hidupnya sendiri sejak 13 tahun lalu.

Siti Fatimah Junus, 40, dari Kampung Paya Menora Kuala Ketil di sini berkata, tanggungjawab besar itu perlu dipikul selepas bapanya, Yunus Ahmad meninggal dunia ketika dia berumur 27 tahun.



“Sebelum ini abang sulung saya, Mohd. Noor, 65, menjaga kebajikan ibu, Aminah Hussain, 78, dan ibu saudara, Uggu, 82, yang kabur penglihatan dan mengidap pelbagai penyakit akibat tua.

“Tetapi selepas abang dise­rang strok dan terlantar sakit, saya mengambil alih menjaga kedua-dua mereka secara berseorangan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Siti Fatimah menumpang di rumah Mohd. Noor bersama ibunya selepas rumah pusaka keluarga mereka roboh dimakan anai-anai, manakala ibu saudaranya tinggal berseorangan dan sebatang kara di sebuah pondok berdekatan rumah mereka di situ.

Selain Mohd. Noor, Siti Fatimah mempunyai seorang lagi abang dan kakak yang telah berkeluarga namun disebabkan pendapatan tidak seberapa mereka hanya membantu sekadar yang mampu.



Menurut Siti Fatimah, dia terpaksa membahagikan masa mengurus ibu dan ibu saudaranya seorang diri selain perlu keluar bekerja untuk mencari pendapatan.

“Saya perlu bangun awal pagi mandikan mereka, memasak sarapan dan makanan tengah hari untuk ditinggalkan sebelum keluar bekerja di sebuah kilang di Kuala Ketil. Begitu juga ketika pulang saya perlu urus mereka dahulu.

Katanya, sejak menggalas tanggungjawab itu dia tidak lagi mempedulikan keperluan hidupnya, tambahan pula selepas suaminya menghilangkan diri hampir 10 tahun lalu.

“Walaupun ibu dan ibu saudara masing-masing dapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 dan RM300, namun masih tidak mencukupi tambahan lagi dengan keadaan ekonomi sekarang,” katanya.
Orang ramai yang bersimpati dengan Siti Fatimah boleh membantunya dengan memberi sumbangan menerusi akaun Bank Public miliknya 6883344822 atau menghubungi talian 019-4532195. Utusan



Ibu tunggal cekal jaga ibu perlu bantuan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu



Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker