Kutip duit kertas dalam tandas, wanita alami lumpuh tubuh badan

TENNESSEE: Seorang wanita berasa lumpuh seluruh tubuhnya sehingga tidak boleh bercakap dan bergerak selepas mengutip sekeping duit kertas yang ditemukannya dalam tandas di restoran makanan segera, di sini baru-baru ini.

Lapor India Times, wanita itu, Renne Parson memaklumkan badannya berasa kebas sehingga dia perlu mendapatkan rawatan di hospital selepas mengutip duit itu yang ditemukannya atas lantai dalam tandas berkenaan.

“Saya berasa kebas seluruh badan sehinggakan tidak mampu bercakap, selain sesak nafas.

“Ketika kejadian, saya dan keluarga singgah di restoran tersebut untuk pergi ke tandas sebelum meneruskan perjalanan kami.

“Selepas masuk ke tandas, saya ternampak sekeping duit kertas di atas lantai dan tanpa memikirkan apa-apa, saya terus mengutip duit itu dan beredar ke kereta,” katanya.

Sebaik sahaja sampai di kereta, Parson mula rasa kebas dan seperti lumpuh, menyebabkan suaminya segera membawanya ke hospital.

Ketika dalam perjalanan, Parson sempat pitam sebelum sedar kembali dan menerima rawatan di hospital.

Berikutan kejadian itu, suaminya membuat laporan polis dan berdasarkan siasatan awal, duit kertas itu berkemungkinan dicemari dengan dadah sintetik jenis fentanyl.

Dadah tersebut sering digunakan sebagai ubat tahan sakit selepas pembedahan di hospital, selain dijadikan ubat tahan sakit untuk pesakit kanser.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker