Enggan Buat IVF, Nabila Huda Reda Belum Dapat Tambah Anak

Enggan Buat IVF, Nabila Huda Reda Belum Dapat Tambah Anak

AKTRES Nabila Huda enggan melakukan kaedah persenyawaan in vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat meskipun sudah tujuh tahun berkahwin dengan suami Mohd Izwan Johar.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, 38, dia dan suami masing-masing sudah berusaha melakukan pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh doktor untuk memiliki cahaya mata.

“Alhamdulillah masing-masing sihat. Doktor kata tiada masalah kesihatan. Cuma belum ada rezeki lagi.

“Saya sudah berkahwin (buat kali kedua) selama tujuh tahun. Siapa yang tidak mahukan anak? Anak sulung saya, Keisha Laila pun sudah besar.

“Kalau boleh setiap tahun saya mahu dapat zuriat sebab nak anak ramai,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Frutti Tutti di Momo’s Hotel, di ibu kota.

Pada masa yang sama, Nabila memaklumkan dia mengikuti saranan suaminya yang tidak menyarankan untuk dia melakukan prosedur IVF memandangkan ia satu rawatan yang menyakitkan.

“Saya tidak mahu buat IVF sebab saya pernah hamil sebelum ini. Maknanya saya tiada masalah. Lagipun suami kata tak payah sebab sakit.

“Dia tidak mahu lihat saya menanggung kesakitan. Lagipun saya sibuk bekerja. Lainlah kalau saya suri rumah sepenuh masa,” katanya.

Jelas pelakon filem Munafik ini lagi, dia memilih untuk positif dan reda apabila sehingga kini belum diberikan rezeki untuk menambah bilangan cahaya mata seperti yang diharapkan.

“Mungkin Allah lebih tahu bila waktu yang tepat untuk saya dikurniakan anak.

“Siapa tahu entah-entah tahun depan saya hamil dan bersalin setiap tahun sampai tiada masa berlakon,” ujarnya lagi.

Nabila pernah hamil sebanyak dua kali, namun, mengalami keguguran pada April 2019 dan Oktober 2020.

Nabila juga berpendapat, kesukarannya untuk hamil mungkin disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami keguguran sebelum ini.

Sekadar info, Nabila dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 12 tahun hasil perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008.-GEMPAK

Enggan Buat IVF, Nabila Huda Reda Belum Dapat Tambah Anak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker