Ketahui 6 Taktik Scammer Elak Jadi Mangsa Terutama Modus Operandi Yang Ke 5

Ketahui 6 Taktik Scammer Elak Jadi Mangsa Terutama Taktik Yang Ke 5

SIAPA yang tak seronok apabila dapat duit? Menerima e-mel dimaklumkan terdapat bayaran balik cukai pendapatan yang terlebih bayar pasti membuatkan anda berasa teruja.

Tentunya anda terbayangkan beg tangan baharu, atau destinasi percutian menggunakan wang bayaran balik berkenaan.



Tapi awas, anda mungkin terjerat dengan perangkap scammer gara-gara terpedaya dengan wang ringgit.

Taktik penipuan kini semakin berleluasa sehingga Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) juga dikaitkan dengan sindiket tersebut menyebabkan orang ramai keliru dan tertipu.

Berikut adalah modus operandi yang sering dilakukan oleh sindiket bagi memperdayakan mangsa:

1. Tunggakan cukai

Mangsa menerima mesej, panggilan telefon, surat atau e-mel daripada sindiket yang memaklumkan bahawa terdapat tunggakan cukai yang masih belum dijelaskan.



Kemudian mangsa dikehendaki menjelaskan tunggakan cukai tersebut dengan membuat pindahan wang ke akaun bank pihak ketiga, dipercayai digunakan sebagai keldai akaun.

Terdapat juga mangsa dihubungi sindiket yang menyamar sebagai pegawai HASiL atau pegawai polis yang memaklumkan bahawa mangsa mempunyai baki cukai tertunggak.

Sindiket seterusnya mengarahkan mangsa untuk memuat turun aplikasi palsu dari Bank Negara Malaysia (BNM) atau berkongsi maklumat peribadi perbankan di laman web palsu yang dikatakan milik BNM bagi tujuan siasatan.

Setelah aplikasi tersebut dimuat turun oleh mangsa, maka akan bermula operasi scammer tersebut memecah masuk akaun bank mangsa secara dalam talian kerana mereka dipercayai telah mengetahui nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian mangsa.



awas perangkap scammer 3

Mangsa menerima e-mel memaklumkan bahawa mereka mempunyai cukai terlebih bayar yang akan dipulangkan semula oleh HASiL.

2. Pelarian cukai, kegiatan jenayah dan pengubahan wang haram

Mangsa akan dihubungi oleh scammer dan dimaklumkan bahawa mangsa terlibat dengan pelarian cukai, jenayah dan kegiatan pengubahan wang haram.

Sehubungan itu, akaun bank milik mangsa diancam akan disekat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).



Mangsa kemudian akan disambungkan untuk bercakap dengan geng scammer lain yang menyamar sebagai ‘pegawai polis’ atau ‘pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)’ atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap kes mangsa bagi tujuan menimbulkan perasaan panik.

Bagi mengelakkan semua wang dalam akaun milik mangsa dibekukan, mangsa telah diarahkan untuk memindahkan wang tersebut ke akaun bank pihak ketiga (keldai akaun) yang kononnya akan dipindahkan semula ke akaun milik mangsa apabila ‘kes jenayah’ mangsa telah selesai.

3. Lawatan pungutan/ audit/ siasatan cukai

Mangsa menerima kunjungan ‘pegawai HASiL’ untuk memungut cukai atau melakukan audit dan siasatan cukai.



Sindiket akan meminta dokumen pendapatan atau perniagaan mangsa dan memaklumkan telah tersalah lapor cukai pendapatan.

Mangsa diarahkan untuk membuat pembayaran ‘baki cukai tambahan’ yang ditaksirkan ke dalam akaun bukan milik HASiL.

4. Keuntungan penjualan saham

Mangsa menerima surat atau e-mel memaklumkan bahawa mereka terlibat dengan aktiviti perdagangan saham dengan salah satu syarikat pelaburan dan dikehendaki membuat bayaran tunggakan cukai berdasarkan arahan yang diberikan oleh sindiket penipuan.

5. Bayaran balik cukai terlebih bayar

Mangsa menerima e-mel memaklumkan bahawa mereka mempunyai cukai terlebih bayar yang akan dipulangkan semula oleh HASiL. Mangsa diminta untuk klik pada pautan yang disediakan di dalam e-mel palsu tersebut dan arahan akan diberikan agar mangsa mendedahkan butiran akaun bank.



Ini termasuklah kata laluan perbankan internet mereka kononnya bagi membolehkan transaksi bayaran balik lebihan cukai dapat dibuat oleh HASiL.

A women holding her phone with 'Scam' signage. (April 20 ,2021) — AZHAR MAHFOF/The Star

Mangsa akan dihubungi oleh scammer dan dimaklumkan bahawa mangsa terlibat dengan pelarian cukai, jenayah dan kegiatan pengubahan wang haram.

6. Kaedah spoofing

Mangsa akan dihubungi oleh ‘pegawai HASiL’ dengan menggunakan teknik spoofing iaitu penyamaran kepada talian telefon rasmi HASiL bagi tujuan menghubungi mangsa serta memperdayakan mereka.

Ini merupakan teknik terkini scammer kerana talian telefon yang digunakan seakan-akan talian yang sebenar dan mangsa akan terpedaya dan beranggapan ia adalah talian rasmi HASiL.

Mangsa yang panik akan memberikan maklumat sulit kepada scammer kerana ugutan dan tekanan dengan tuduhan-tudahan yang tidak dilakukan mangsa.

Mangsa mula menyedari diri ditipu apabila mendapati wang dalam akaun mereka telah dipindahkan ke akaun bank pihak ketiga (keldai akaun) dan suspek tidak dapat dihubungi semula.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dan ambil peduli dengan perkara-perkara seperti berikut bagi mengelakkan diri dari perangkap scammer:

1. Jangan dedahkan butiran perbankan terutama kata laluan perbankan dalam talian.

2. Jangan klik pada pautan yang diterima melalui e-mel yang meragukan.

3. Pastikan bayaran cukai hanya dibuat ke akaun HASiL dan jangan sesekali membuat bayaran cukai atau memindahkan wang ke akaun pihak ketiga yang mungkin digunakan sebagai keldai akaun.

4. Jangan muat turun sebarang aplikasi yang diminta oleh pemanggil yang tidak dikenali.

5. Jangan membuat panggilan semula kepada nombor telefon yang tidak dikenali. Semak nombor telefon HASiL di Portal Rasmi HASiL.

6. Pastikan e-mel rasmi HASiL menggunakan domain @hasil.gov.my.

awas perangkap scammer 2

Orang ramai diminta menghubungi HASiL, termasuk hadir ke cawangan HASiL berhampiran sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan hal percukaian.

Menurut HASiL, sebarang permohonan maklumat daripada pembayar cukai dan arahan pembayaran cukai tertunggak akan dilakukan oleh HASiL secara teratur melalui surat atau e-mel rasmi yang menggunakan domain @hasil.gov.my.

HASiL juga tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana Ibu Pejabat Balai Polis atau agensi penguatkuasaan lain bagi tujuan pengesahan tunggakan cukai.

Selain itu, HASiL juga ingin menegaskan bahawa pegawai HASiL adalah terikat dengan kerahsiaan di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967 (kerahsiaan maklumat pembayar cukai), di mana maklumat peribadi pembayar cukai tidak sama sekali boleh didedahkan kepada pihak ketiga.

Justeru itu, orang ramai diminta berhati-hati agar tidak terjerat dengan perangkap scammer dan segera menghubungi talian Hasil Care Line (HCL) atau talian pegawai yang boleh disemak senarainya di portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan HASiL berhampiran sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan hal percukaian.

Ketahui 6 Taktik Scammer Elak Jadi Mangsa Terutama Taktik Yang Ke 5

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker