Cukai makmur ringan beban kewangan kerajaan – Zafrul

Cukai makmur ringan beban kewangan kerajaan – Zafrul

Kutipan cukai makmur yang dikenakan sekali saja bagi 2022 dijangka membantu meringankan beban perbelanjaan kerajaan di tengah-tengah kenaikan tanggungan subsidi.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan masih menanggung kos subsidi meskipun ia meningkat dan pada masa sama, hasil kerajaan turut meningkat sedikit, dengan cukai makmur diumumkan dalam Bajet 2022 dilihat membantu.



Katanya, kerajaan mempunyai dua cara untuk meningkatkan hasil dengan salah satunya adalah meningkatkan kadar cukai, langkah sangat tidak sesuai memandangkan ekonomi masih lagi dalam proses pemulihan.

“Walaupun ekonomi dijangka berkembang dengan lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lalu, untuk memperkenalkan sistem cukai yang baharu, saya merasakan adalah masa yang tidak betul. Kita kena tunggu ekonomi berkembang ke tahap yang lebih stabil.

“Jadi, cara kedua yang boleh diguna pakai adalah mempertingkatkan hasil ekosistem kerajaan dengan salah satu caranya adalah memperkukuhkan kawalan kos dan juga langkah untuk mendapatkan lebih hasil daripada agensi.

“Cukai makmur ada dapat menolong sedikit. Kita akan dapat angka terkini mungkin bulan depan. Kita baru kaji hujung Jun lalu, tetapi nampaknya, ia seperti jangkaan. Seperti saya sebut dalam Bajet 2022, kita tidak faktorkan hasil cukai makmur dalam hasil kerajaan. Jadi itu adalah satu lagi penambahbaikan,” katanya menurut Berita Harian.



Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan menganggarkan untuk memperoleh kutipan sekurang-kurangnya RM3 bilion melalui pelaksanaan cukai makmur yang diumumkan dalam Bajet 2022.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, paras hutang semasa masih bawah paras 65% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan kerajaan setakat ini tidak bercadang menaikkan lagi paras hutang statutori.

Sebelum ini, Tengku Zafrul dilaporkan berkata unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan berjumlah RM77.3 bilion setakat ini bagi 2022, jumlah subsidi tertinggi di dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.

Beliau berkata, unjuran subsidi kepenggunaan ini meliputi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) (RM37.3 bilion); minyak masak (RM4 bilion); tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, serta bil subsidi (RM9.7 bilion), tidak termasuk bantuan kebajikan lain.



Katanya, unjuran subsidi untuk 2022 itu adalah jika harga bersubsidi serta harga pasaran minyak, arang batu dan komoditi lain kekal pada paras semasa.

“Apabila ditambah dengan bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Kebajikan Masyarakat termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) (RM11.7 bilion) dan lain-lain subsidi (RM14.6 bilion), jumlah keseluruhan subsidi setakat ini adalah RM77.3 bilion bagi 2022,” katanya. FMT

Cukai makmur ringan beban kewangan kerajaan – Zafrul


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker