Banjir Baling: Tanpa Tiga Insan Tersayang.. Abd Rahman Pilu Sambut Aidiladha

Banjir Baling: Tanpa Tiga Insan Tersayang.. Abd Rahman Pilu Sambut Aidiladha

BALING: Kedatangan Aidiladha hari ini yang sepatutnya diraikan penuh kegembiraan, disambut dengan rasa pilu oleh Abd Rahman Said, 71, kerana masih terkenangkan tiga ahli keluarganya yang terkorban dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di sini pada Isnin lepas.

Bencana itu menyebabkan isterinya Salmah Mat Akib, 53, anak tirinya Mohd Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, dan menantunya yang sedang hamil empat bulan Nurul Anis Abu Hassan, 23, maut apabila rumah mereka di Kampung Iboi di sini dihanyutkan arus deras.

“Bukan tidak mahu melupakan kejadian itu tetapi saya masih sedih teringatkan isteri, anak serta menantu yang sudah tiada, lebih-lebih lagi pada hari raya ini. Suasana pada hari ini jadi lain.

“Arwah isteri saya dulu strok, biasanya setiap pagi saya bangunkan dan mandikan dia, selain sediakan makan untuk dia, sama juga pada hari raya,” katanya ditemui pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Raudhatul Falah, Kampung Iboi, Kupang di sini hari ini.

Abd Rahman yang masih trauma dengan kejadian itu bagaimanapun berazam untuk menghadapi dugaan tersebut dengan tabah dan berusaha meneruskan kehidupan seperti biasa.

Terdahulu, warga emas itu menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid berkenaan yang diimamkan Timbalan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Kariah Kampung Iboi Mohammad Zawawi Ibrahim dan disertai kira-kira 300 jemaah termasuk Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Abd Rahman yang ketika ini masih tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, kemudian menziarahi pusara tiga ahli keluarganya itu di Tanah Perkuburan Kampung Charuk Bemban Dalam, di sini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Iboi Norhayati Ismail, 38, berkata kebiasaannya pada hari raya dia akan berkumpul bersama ahli keluarga dan menikmati juadah seperti ketupat, lemang dan rendang.

Katanya berbeza pada hari raya kali ini apabila dia kini tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Kupang musnah sepenuhnya dalam bencana tersebut.

“Rumah saya terletak bersebelahan dengan rumah tiga sekeluarga yang meninggal dunia itu, tapi kami sekeluarga sempat menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut sebelum rumah saya musnah sepenuhnya,” katanya.

Norhayati berkata dia bersama suami dan empat anaknya berusia antara sembilan hingga 18 tahun kini menumpang di rumah mentuanya di Kuala Ketil dekat sini.

Menurutnya setakat ini bantuan seperti pakaian, barangan keperluan harian dan makanan adalah mencukupi, namun dia mengharapkan bantuan pakaian serta peralatan persekolahan untuk anak-anaknya.

Dalam kejadian pada petang Isnin lepas, beberapa kawasan di Baling dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan 1,490 penduduk terjejas selain meragut tiga nyawa.– BERNAMA

Banjir Baling: Tanpa Tiga Insan Tersayang.. Abd Rahman Pilu Sambut Aidiladha

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker