140 Rumah Di Besut Rosak Dibadai Ribut

140 Rumah Di Besut Rosak Dibadai Ribut

BESUT: Aidiladha hari ini disambut hambar 140 keluarga apabila rumah mereka rosak akibat dibadai ribut yang melanda beberapa kawasan di daerah ini malam tadi.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Azbi Salleh berkata, kira-kira 130 rumah rosak di 10 kampung di Kuala Besut, manakala selebihnya di Kampung Batu 13 dan Kampung Bekok di Hulu Besut.

Katanya, dalam kejadian pada kira-kira 8 malam itu, kebanyakan rumah mengalami kerosakan bumbung akibat diterbangkan angin kuat dan ada yang dihempap pokok tumbang.

“Antara kawasan yang terjejas teruk di sini (Kuala Besut) ialah Kampung Pengkalan Atap, Kampung Pantai, Kampung Tengah, Kampung Nail dan Kampung Payang.

“Kejadian ribut kuat berlaku serentak dengan hujan lebat, namun nasib baiklah tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Azbi berkata pihaknya difahamkan bahawa kerajaan negeri akan membantu membaiki bumbung rumah yang rosak secepat mungkin bagi memastikan penduduk dapat tinggal di rumah mereka dengan lebih sempurna.

Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Pengkalan Atap Napisah Hussin, 67, berkata dia berdepan detik cemas apabila sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan angin sekelip mata.

“Ketika kejadian berlaku, saya hanya berdua bersama seorang anak lelaki saya berusia 34 tahun yang terlantar akibat penyakit strok.

“Pada mulanya hujan lebat kemudian diikuti ribut dan secara tiba-tiba bumbung rumah terbang. Saya amat takut terutama memikirkan keadaan anak lelaki saya yang tidak dapat bergerak,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun tidak lama kemudian beberapa jiran datang membantu mengangkat anaknya ke rumah berhampiran yang lebih selamat.– BERNAMA

140 Rumah Di Besut Rosak Dibadai Ribut

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker