Remaja disamun dalam lif Desa Aman Puri, Kepong


Remaja disamun dalam lif Desa Aman Puri, Kepong

SEORANG remaja berdepan detik mengerikan apabila disamun seorang penjenayah dengan bersenjatakan sebilau pisau dalam kejadian di dalam sebuah lif di Apartment Desa Satu, Desa Aman Puri, Kepong, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah mengesan rakaman kejadian terbabit di laman sosial pada 6.30 petang tadi.

Jelasnya, mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 17 tahun telah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

“Dalam kejadian pukul 12.40 tengah malam itu, suspek yang bersenjatakan sebilau pisau telah melakukan rompakan dengan memaksa mangsa menyerahkan barang berharga,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan : Lelaki maut terkena tembakan rakan sendiri

Dalam video tular itu, kelihatan mangsa bersama seorang wanita ketika kejadian berlaku sebelum dihampiri seorang lelaki memakai topi keledar.

Berlaku sedikit pergelutan dengan suspek yang memegang sebilah pisau.

Mengulas lanjut, telefon bimbit mangsa telah diambil suspek dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis kini giat mengesa suspek dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Ishak Abu Bakar di talian 03-61262222 atau 011-39032329. Utv

Remaja disamun dalam lif Desa Aman Puri, Kepong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker