Ringgit terus menyusut berbanding Dolar AS

Ringgit terus menyusut berbanding Dolar AS

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar AS pagi ini apabila dolar AS terus mengukuh dengan peniaga masih mencerna minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan pada Rabu.

Dolar AS melonjak berbanding mata wang pasaran maju dan sedang pesat membangun semalaman, dengan permintaan meningkat disebabkan kebimbangan kemelesetan global, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.4240/4265 berbanding dolar AS daripada 4.4225/4260 pada penutupan semalam.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS terus mengukuh berbanding ringgit hari ini, menguji paras tertinggi sejak Mac 2020.

Memandangkan Fed terus mengetatkan langkahnya untuk membendung inflasi, dolar AS dijangka terus meningkat berbanding mata wang lain.

“Dolar AS pada masa ini berada dalam zon rintangan penting berbanding ringgit, penerusan pergerakan kenaikan yang rancak memerlukan penembusan yang kukuh untuk melepasi 4.4500 manakala senario penurunan alternatif akan menyaksikan harga ditutup di bawah paras 4.4150.

“Ini akan memberi ruang kepada pergerakan menurun yang boleh membawa dolar ke paras 4.3650 dan 4.3400. Bagaimanapun, senario penurunan nampaknya berkemungkinan tidak berlaku pada masa ini memandangkan data makroekonomi AS dan ketidaktentuan yang semakin meningkat akibat perang Russia dengan Ukraine,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan telah meningkat nilai berbanding pound Britiain pada 5.2752/2782 daripada penutupan Rabu pada 5.2800/2842 dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.5063/5088 daripada 4.5220/5256 semalam.

Ringgit turut meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1501/1521 daripada 3.1504/1531 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2585/2605 daripada 3.2682/2710 pada hari Rabu. BH

Ringgit terus menyusut berbanding Dolar AS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker