Sheikh Dr Mohammad Abdul Kareem dipilih penyampai khutbah Arafah

Sheikh Dr Mohammad Abdul Kareem dipilih penyampai khutbah Arafah

Mekah: Kerajaan Arab Saudi bersetuju melantik Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), untuk memimpin doa dan menyampaikan khutbah di Masjid Namirah pada Hari Arafah, Jumaat 8 Julai ini.

Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi menerusi portalnya memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz mengeluarkan persetujuan ini pada Selasa (5 Julai).

Sheikh Dr Al-Issa diiktiraf secara meluas sebagai ulama kontemporari yang komited membawa kesedaran global mengenai imej Islam sebenar, selain mempromosikan nilai-nilai kesederhanaan, toleransi dan keharmonian antara agama.

Dalam akademik, Dr Al-Issa yang merupakan pakar dalam bidang Syariah Islam serta perundangan dan kehakiman sering dijemput memberi syarahan di institusi akademik dan badan intelektual antarabangsa di beberapa negara seluruh dunia.

Terkini di Malaysia, beliau turut hadir dalam Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang diadakan di Bandar Sunway, Petaling Jaya minggu lalu, selain mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Khutbah Arafah yang akan dibacakan dalam bahasa Arab akan bersiaran secara langsung dari Arab Saudi pada Jumaat ini dengan terjemahan 14 bahasa lain termasuk Bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Mereka yang ingin mengikutinya boleh berbuat demikian di pautan berikut: https://manaratalharamain.gov.sa/arafa/arafa_sermon/en

Sheikh Dr Mohammad Abdul Kareem dipilih penyampai khutbah Arafah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker