Patah kaki dipijak gajah liar



Patah kaki dipijak gajah liar

Pekerja ladang kelapa sawit di Mentakab, Temerloh, patah pergelangan kaki kiri selepas dipijak gajah liar di ladang tempat dia bekerja, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 55 tahun turut mengalami kecederaan pada bahagian badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, pihaknya menerima aduan pada jam 4.15 petang semalam dan segera membuat siasatan.

Menurutnya, ladang tempat mangsa bekerja terletak bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasul dan rekod Perhilitan memang terdapat beberapa kumpulan gajah liar.




Katanya, difahamkan selepas kejadian, mangsa menghubungi Penolong Pengurus ladang untuk mendapatkan bantuan sebelum dihantar ke HoSHAS.

“Di tempat kejadian kita menemui sepasang kasut, topi dan sebotol air mineral dipercayai milik mangsa, terdapat banyak kesan tapak kaki gajah liar di lokasi berkenaan.

“Dipercayai terdapat sekurang-kurangnya tujuh gajah bergerak dalam satu kumpulan yang menyerang lelaki terbabit,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih tidak dapat memastikan situasi sebenar dan punca kejadian kerana belum dapat bertemu dengan mangsa.

Rozidan berkata, pihaknya perlu bertemu dengan mangsa bagi mendapat cerita sebenar bagaimana kejadian boleh berlaku yang menyebabkan dia mengalami kecederaan serius.




“Kakitangan Perhilitan Temerloh kini membuat pemantauan situasi pergerakan kumpulan gajah di situ. “Saya menasihatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak bertindak dengan tujuan menghalau dan menghalang gajah liar kerana perbuatan itu boleh mengundang perkara tidak diingini, mereka perlu menghubungi Perhilitan yang mempunyai kepakaran,” katanya. HM

Patah kaki dipijak gajah liar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?



Leave a Reply

Your email address will not be published.