Waris Mat Kilau ‘terjah’ panggung

Waris Mat Kilau ‘terjah’ panggung

Tular di TikTok, video yang memaparkan sekumpulan menggelarkan diri mereka sebagai waris Mat Kilau hadir ke panggung wayang dan menempah satu dewan untukmenonton filem Mat Kilau bersama-sama.

Dalam hantaran di akaun TikTok pengguna menggunakan nama akaun @thenazfamily itu, individu itu berkongsi detik-detik manis pertemuan waris pahlawan yang diangkat sebagai watak utama dalam filem itu.



“Bila waris Mat Kilau tempah satu dewan sekali pakej air dan popcoron tengok (filem) Mat Kilau. Sepanjang scene Mat Kilau, semua bersorak tepuk tangan.” tulisnya.

Dalam video itu juga, turut dijelaskan mengenai susur galur waris yang hadir menonton filem itu.

“Mereka semua ini keturunan isteri pertama Mat Kilau iaitu Yang Chik seperti dalam filem ini. Mat Kilau dan Yang Chik ada satu-satunya anak perempuan iaitu Khatijah.

“Banyak kisah-kisah mengenai Mat Kilau yang boleh diceritakan, kisah yang hanya dikongsi dengan keluarga dan tiada diceritakan dalam filem Mat Kilau ini. Kalau ada rezeki nanti, boleh kongsi bersama semua,” tulisnya.



Turut kelihatan, kain rentang yang tertera tulisan ‘Perjumpaan Waris Mat Kilau dari Susur Galur Anaknya, Khatijah’.

Dalam ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang gembira dan ada juga yang lebih gemar melontarkan komen negatif.

“Cerita meletup, barulah semua nak mengaku waris Mat Kilau, semua nak ambil kredit,” tulis satu netizen yang bersikap negatif.

Namun, komen itu dibalas semula oleh pemilik akaun TikTok itu, menjelaskan bahawa tujuan mereka bukanlah untuk menumpang nama atau mendapatkan kredit, sebaliknya ingin menyokong kehadiran filem itu.



“Bukan nak ambil kredit. Nak beritahu yang waris Mat Kilau ada saja yang sokong filem ini. Semua suka gila tengok cerita pasal nenek moyang mereka,” tulisnya. HM

Waris Mat Kilau ‘terjah’ panggung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos



Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker