Penduduk dakwa projek Musang King punca banjir
Penduduk dakwa projek Musang King punca banjir
BALING – Insiden kepala air serta banjir besar yang melanda beberapa kampung di daerah ini didakwa berpunca daripada projek durian Musang King di Gunung Inas di sini.
Dakwaan tersebut diakui rata-rata penduduk kawasan berkenaan terutamanya Kampung Iboi yang terjejas teruk dalam insiden kepala air itu.
Penduduk turut mendakwa, mereka dibelenggu pelbagai masalah akibat projek Musang King itu sejak lima tahun lalu.
Menurut Sopian Mohd Aziz, 53, kejadian kepala air serta banjir ini merupakan kali pertama berlaku dalam tempoh 50 tahun dia menetap di Kampung Iboi.
Jelasnya, penduduk di sini sangat terkesan dengan projek Musang King tersebut kerana ia mengganggu bekalan air masyarakat yang diguna mereka sejak berkurun lalu.
“Kami difahamkan ada kolam takungan sebesar dua padang bola dibuat di atas gunung ini, selain ia diterokai untuk projek Musang King.
“Projek Musang Kini itu dilakukan sejak lima tahun lalu dan kemuncak kesannya adalah semalam yang mana Kampung Iboi ini lumpuh sepenuhnya akibat dibadai kepala air.
“Lebih teruk lagi apabila air masyarakat yang digunakan selama ini keruh dipercayai akibat projek sama. Nasib baik ada saluran air Syarikat Air Darul Aman (SADA) kalau tidak tak tahu nasib kami,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Selain itu, Sopian turut mendakwa tempat peranginan Lata Celak yang dulu menjadi tumpuan pelancongan ‘mati’ sejak projek Musang King dilaksanakan susulan air sungai bertukar keruh sekali gus tidak sesuai untuk aktiviti riadah.
Sementara itu, turut menyampaikan dakwaan sama, Muhammad Yusof Mohd Piah, 53, berkata, projek durian itu mendapat bantahan majoriti penduduk susulan bimbang kejadian sebegini berlaku.
“Kejadian banjir besar hingga meragut nyawa serta kehilangan harta benda inilah yang kami tak mahu berlaku menyebabkan bantah dibuat berkaitan projek Musang King itu.
“Semuanya kini hancur seperti yang dijangka. Kami harap tindakan diambil terhadap mereka yang menyebabkan dalam kalangan kami kehilangan ahli keluarga serta rumah,” katanya.
MalaysiaGazette difahamkan tujuh buah rumah hanyut akibat insiden tersebut termasuk kediaman tiga beranak yang dilaporkan hilang sehingga kini. MG
Penduduk dakwa projek Musang King punca banjir
Baca Artikel Menarik:
- Pemuda Umno sokong gesaan potong elaun menteri, duta khas
- Emma makin seksi, daring
- Farhash tempelak JPP PKR, tak yakin audit forensik
- Tok Mat jawab kritikan digelar gila oleh Karim Hamzah
- Peguam teliti video Syamsul dan Kazar di kedai emas
- Sepatutnya lantik 2 TPM dari PN
- Kes pecah amanah Syed Saddiq: Saksi dakwa terima wang RM250 ribu
- Pemandu Myvi berlagak samseng diburu polis
- Chef Wan disaman!
- Ketua wanita pusat PKR: Rodziah kini tewas kepada anak sahabat Anwar Ibrahim selepas audit dibuat
- Anggap Tajuddin sebagai Kuda Tua, Nur Jazlan kata sesuai dengan PAS
- Apa tujuaan ROS melambatkan permohonan tangguh pemilihan UMNO?
- Zarina Anjoulie kuruskan badan telan belon air kos mencecah RM18,000
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah
You must be logged in to post a comment.