Pemuda Umno sokong gesaan potong elaun menteri, duta khas

Pemuda Umno sokong gesaan potong elaun menteri, duta khas

Pemuda Umno menyokong gesaan agar elaun menteri, timbalan menteri, pengerusi MPN dan duta-duta khas bertaraf menteri wajar dipotong ketika rakyat sedang kesempitan berdepan dengan kenaikan harga yang berleluasa.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki, juga menyuarakan bantahan dengan cadangan menambah anggota Kabinet seperti yang dituntut oleh parti seterunya, Bersatu.

“Di kala rakyat tengah susah dan gelisah hadapi kenaikan harga barang yang mendadak naik, kantong kerajaan yang menipis hingga pelbagai subsidi untuk rakyat hendak dikaji balik, seharusnya tuntutan untuk menambah lagi jawatan menteri Kabinet tidak harus timbul.

“Malah untuk menzahirkan solidariti bersama rakyat yang sedang kesempitan, elaun-elaun menteri, timbalan menteri, pengerusi MPN, duta-duta khas bertaraf menteri wajar dipotong,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) adalah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin. Umno sedang melobi agar majlis itu dibubarkan.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, dalam satu kenyataan hari ini, mendakwa Muhyiddin tidak pernahy menerima sebarang imbuhan sebagai pengerusi MPN.

Asyraf kini sehaluan dengan kem Zahid dalam Umno, yang berselisih dengan menteri-menteri lantikan parti itu.

Kenyataan Asyraf yang menyebut duta-duta khas bertaraf menteri juga adalah ketara, kerana Presiden PAS Abdul Hadi Awang memegang jawatan sebagai duta ke Timur Tengah.

Hadi dan puak-puaknya dalam PAS kini bertelagah besar dengan Umno.

Sebelum ini, pelbagai kumpulan – termasuk pembangkang – membantah kenaikan kos sara hidup dan menuntut pemotongan gaji mereka dibuat.

Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid berkata pemotongan gaji kabinet tidak akan menyelesaikan masalah.

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas untuk menangani inflasi dan berusaha untuk mengimbangi pemotongan subsidi dengan pemindahan tunai terus kepada kumpulan sasar.

“Ini bukan masanya untuk menuntut jawatan timbalan perdana menteri ataupun menambah lagi menteri baru.

“Cukuplah jumlah yang ada sekarang dengan rekod jumlah menteri terbesar dalam sejarah Malaysia,” kata Asyraf.

Dua hari lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan lantikan jawatan baru termasuk jawatan timbalan perdana menteri.

Katanya, beberapa perkara penting telah dibangkitkan dalam pertemuan tersebut berlandaskan kandungan perjanjian antara Perikatan Nasional (PN) dan perdana menteri.

“Saya dah jumpa perdana menteri beberapa hari yang lepas, saya telah mengutarakan beberapa perkara penting termasuk soal pelantikan dalam kerajaan bukan sahaja mengisi kekosongan.

“Tetapi pelantikan-pelantikan baru, yang perlu dipertimbangkan seperti yang terkandung dalam perjanjian PN dengan perdana menteri,” kata Muhyiddin. Mk

Pemuda Umno sokong gesaan potong elaun menteri, duta khas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker