Kalau mahu kestabilan tekan butang – Najib jawab Wan Saiful
Kalau mahu kestabilan tekan butang – Najib jawab Wan Saiful
Parti Pribumi Bersatu Malaysia hanya perlu ‘tekan butang’ sekiranya benar-benar mahu kestabilan, bidas Datuk Seri Najib Razak.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar ‘bersara’ kerana mendakwa ahli Presiden UMNO itu menjadi dalang di sebalik ketidakstabilan politik negara.
Beliau berkata, persaraan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu akan memulihkan kestabilan negara.
”Zahid dalang yang akan terus berkomplot kerana terlalu terdesak mahu menjadi perdana menteri. Kamu liabiliti kepada semua di keliling kamu kerana fokus kamu hanya mencipta ketidakstabilan. “Lebih baik kamu bersara supaya kestabilan kembali kepada negara,” kata Wan Saiful.
Najib yang sinikal dengan kenyataan Wan Saiful itu berkata: “Sekarang ada hati nak sembang kestabilan pulak?”.
Soal bekas perdana menteri itu, parti mana yang tipu manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 dan parti mana yang buat Langkah Sheraton.
Parti mana yang curi ramai ahli Parlimen dengan kaedah ‘scheme of things‘ dan parti mana yang cuba kumpul 119 ahli Parlimen untuk tumbangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
”Sekiranya benar-benar mahu kestabilan? Mudah saja. Tekan butang,” kata Najib sambil bertanya Wan Saiful bertanding di Parlimen mana nanti. MG
Kalau mahu kestabilan tekan butang – Najib jawab Wan Saiful
Baca Artikel Menarik:
- Pemuda Umno sokong gesaan potong elaun menteri, duta khas
- Emma makin seksi, daring
- Farhash tempelak JPP PKR, tak yakin audit forensik
- Tok Mat jawab kritikan digelar gila oleh Karim Hamzah
- Peguam teliti video Syamsul dan Kazar di kedai emas
- Sepatutnya lantik 2 TPM dari PN
- Kes pecah amanah Syed Saddiq: Saksi dakwa terima wang RM250 ribu
- Pemandu Myvi berlagak samseng diburu polis
- Chef Wan disaman!
- Ketua wanita pusat PKR: Rodziah kini tewas kepada anak sahabat Anwar Ibrahim selepas audit dibuat
- Anggap Tajuddin sebagai Kuda Tua, Nur Jazlan kata sesuai dengan PAS
- Apa tujuaan ROS melambatkan permohonan tangguh pemilihan UMNO?
- Zarina Anjoulie kuruskan badan telan belon air kos mencecah RM18,000
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah