Hapuskan subsidi minyak masak, beri percuma 5kg sebulan kepada B40, M40
Hapuskan subsidi minyak masak, beri percuma 5kg sebulan kepada B40, M40
Jumlah kos subsidi minyak masak peket (yang dijual pada harga RM2.50 setiap kg) kepada kerajaan adalah:
– 2020: RM500 juta
– 2021: RM2.2 bilion
– 2022: RM4 bilion (bajet yang diumum kerajaan 2 minggu lalu)
Kos naik sebab harga minyak sawit naik sejak tahun 2020.
Bilangan rumah tangga di Malaysia pada tahun 2020 adalah sebanyak 8.2 juta – iaitu 3.28 juta B40 dan 3.28 juta M40.
Kerajaaan kata harga sebenar minyak masak ialah sekitar RM9.00 setiap kg.
Jadi, 5 peket = RM45.00
Sekiranya kerajaan memberi baucer digital untuk 5 peket 1kg secara percuma setiap bulan kepada B40 dan M40, maka:
6.56 juta rumah tangga (B40 dan M40) X RM45 = RM295.2 juta sebulan.
Setahun ialah RM3.54 bilion – iaitu di bawah bajet RM4 bilion diumum kerajaan bagi menyediakan minyak masak peket bersubsidi.
Jadi, adakah ianya lagi elok untuk berbelanja RM3.54 bilion untuk memberi 5kg minyak masak secara percuma kepada setiap rumah tangga B40 dan M40 berbanding belanja RM4 bilion untuk menyediakan minyak masak peket bersubsidi yang dijual pada harga RM2.50?
JIka tidak mahu memberi baucer, boleh pula beri cash RM45 sebulan kepada setiap rumah tangga B40 dan M40 selagi harga minyak masak masih tinggi.
Dengan ini, masalah kesukaran mencari bekalan minyak masak peket bersubsidi, penyalahgunaan serta penyeludupan tidak lagi wujud.
Najib Razak
Hapuskan subsidi minyak masak, beri percuma 5kg sebulan kepada B40, M40
Baca Artikel Menarik:
- Pemuda Umno sokong gesaan potong elaun menteri, duta khas
- Emma makin seksi, daring
- Farhash tempelak JPP PKR, tak yakin audit forensik
- Tok Mat jawab kritikan digelar gila oleh Karim Hamzah
- Peguam teliti video Syamsul dan Kazar di kedai emas
- Sepatutnya lantik 2 TPM dari PN
- Kes pecah amanah Syed Saddiq: Saksi dakwa terima wang RM250 ribu
- Pemandu Myvi berlagak samseng diburu polis
- Chef Wan disaman!
- Ketua wanita pusat PKR: Rodziah kini tewas kepada anak sahabat Anwar Ibrahim selepas audit dibuat
- Anggap Tajuddin sebagai Kuda Tua, Nur Jazlan kata sesuai dengan PAS
- Apa tujuaan ROS melambatkan permohonan tangguh pemilihan UMNO?
- Zarina Anjoulie kuruskan badan telan belon air kos mencecah RM18,000
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah