Suami kelar isteri: Saksi nampak mangsa diheret dalam keadaan berlumuran darah

JOHOR BAHRU – Jiran kepada mangsa kejadian bunuh melibatkan seorang ibu dan bayi lelakinya yang berusia dua bulan trauma kerana melihat mangsa diheret suspek dalam keadaan berlumuran darah.

Mohd. Noor Haikal Ahmad Zaini, 14, memberitahu, ketika kejadian itu berlaku, dia sedang menunggu abangnya berhampiran lokasi kejadian untuk pergi ke sekolah.

Katanya, ketika sedang menunggu, dia ternampak suspek sedang mengheret wanita keluar daripada rumah kediaman mereka.

“Mula-mula, saya terdengar suara jeritan seorang lelaki daripada rumah tersebut, dua kali dia menjerit namun saya tidak dengar apa yang dijeritkan itu.

“Tidak lama kemudian, saya nampak suspek mengheret mangsa yang kelihatan sudah tidak bergerak, tetapi saya tidak tahu sama ada dia masih bernyawa atau tidak ketika itu.

“Kemudian suspek masuk kembali ke dalam rumah dan keluar bersama bayi pula yang sedang menangis teresak-esak ketika itu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Noor Haikal lagi, dia bagaimanapun tidak melihat suspek membunuh bayi tersebut kerana abangnya terus menggerakkan motosikal meninggalkan tempat kejadian kerana takut apa-apa berlaku.

Suami kelar isteri, bayi 3 bulan sehingga maut dan berbogel naik motosikal

Dalam pada itu, Ahmad Zaini Ismail, 39, pula memberitahu, dia mendengar suspek menjerit ‘kau apa hal’ dipercayai kepada mangsa wanita sebelum mengetahui kejadian yang berlaku melibatkan jirannya itu.

“Semalam, saya baharu sahaja membaiki kereta milik suspek, sebelum turut meluangkan masa berbual dengan suspek pada petang hari.

“Suspek juga kelihatan mendukung bayi lelaki yang baharu lahir seperti individu normal lain, tidak nampak sebarang tanda atau perkara yang pelik-pelik pula,” katanya yang bekerja sebagai seorang mekanik.

Sementara itu, seorang lagi jiran mereka, Rosmawati Ramli, 36, pula memberitahu, suspek berkelakuan sedikit pelik dengan membelanja pelanggan yang bersarapan di gerai makan miliknya, awal pagi semalam.

“Suspek memang kerap bersarapan di gerai ini, namun dia tidak pernah belanja sesiapa, cuma semalam ketika hendak membayar makanannya dia beritahu kepada saya untuk kira semuanya.

“Jadi semalam pertama kali dia berbuat demikian dengan membelanjakan lebih RM20 untuk membayangkan makanan pelanggan lain,” katanya yang mengusahakan gerai makanan di depan rumahnya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker