2 maut, 4 cedera termasuk polis dalam insiden tembakan di Texas

BANDAR HALTOM, TEXAS – Seorang lelaki menembak mati dua individu serta mencederakan seorang lagi di samping tiga anggota polis dalam kejadian tembakan di negeri Texas, Amerika Syarikat, lapor agensi berita United Press International semalam.

Sarjan Rick Alexander daripada  Jabatan Polis Bandar Haltom dalam satu sidang akhbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.45 petang (waktu tempatan) mengenai kejadian tembakan di alamat  Diamond Oaks Drive North.

Menurutnya, pemanggil talian kecemasan 911 yang digambarkan sebagai seorang warga emas itu mengalami kecederaan pada kaki akibat ditembak dan dijangka selamat.

“Suspek yang belum dikenal pasti kemudiannya menembak tiga anggota polis yang tiba di lokasi kejadian sebelum mereka  berbalas tembakan,” katanya.

Seorang anggota polis  mengalami kecederaan pada bahagian lengan kanan, jari dan kaki, manakala anggota  kedua ditembak di kedua-dua kakinya. Anggota polis ketiga pula ditembak pada bahagian atas paha.

Ketiga-tiga mereka kini dirawat di hospital, namun kecederaan mereka dianggap  tidak mengancam  nyawa.

Suspek kemudian ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa akibat kesan tembakan, tidak jauh dari lokasi kejadian sebelumnya.

Polis turut menemui sepucuk senapang ala tentera dan pistol berhampiran  suspek, kata Alexander.

Dalam masa sama, pasukan penyiasat menemui mayat seorang wanita di dalam sebuah rumah di Diamond Oaks serta mayat seorang lelaki berhampiran sebuah motosikal di laluan masuk kediaman itu.

Hubungan antara suspek dengan ketiga-tiga mangsa masih belum dapat dijelaskan selain punca kejadian masih belum diketahui. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker