Putin tidak akan ucap tahniah kepada Biden

Putin tidak akan ucap tahniah kepada Biden

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, tidak akan mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya di Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, sempena sambutan Hari Kemerdekaan AS, hari ini.

Kremlin ketika memaklumkan perkara itu menegaskan, ia berikutan tindakan Washington yang disifatkan sebagai ‘tidak mesra’ terhadap Moscow.



“Tidak sesuai untuk mengucapkan tahniah pada tahun ini. Dasar tidak mesra AS adalah sebabnya,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, kepada pemberita.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Russia sudah memulakan kerja pemantauan 24 jam bagi mengesan letupan nuklear, di sebuah kemudahan yang baru dibuka, lapor agensi berita Interfax dengan memetik Kementerian Pertahanan, hari ini.

“Mulai 1 Julai 2022 (Jumaat lalu), bagi memperkukuhkan lagi keupayaan ketahanan negara kita, syif tugas di Pusat Utama untuk Pemantauan Geofizik dijalankan sepanjang masa,” menurut laporan itu.

Interfax melaporkan, pusat berkenaan yang dibuka 1 Jun lalu, ditugaskan untuk mengenal pasti sumber ‘gangguan geofizik’ buatan manusia serta letupan nuklear.



Sejak Russia mencerobohi Ukraine pada Februari lalu, hubungan antara Moscow dengan Barat menjadi kian tegang. Malah, keadaan itu turut menyaksikan ahli politik di Russia dan AS bercakap secara terbuka mengenai risiko tercetusnya peperangan nuklear. BH

Putin tidak akan ucap tahniah kepada Biden


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM



Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker