Australia bangun rawatan serangan jantung guna bisa labah-labah

Australia bangun rawatan serangan jantung guna bisa labah-labah

JIKA anda peminat filem Spiderman, sudah tentu mengetahui bagaimana terjadinya Spiderman iaitu seorang remaja menjadi sangat kuat dan hebat selepas digigit labah-labah yang terlepas dari pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Walaupun filem itu hanya filem fantasi superhero berasaskan sains fiksyen itu berkemungkinan memberi ilham kepada saintis untuk menjalankan kajian mengenai kehebatan bisa labah-labah untuk tujuan perubatan.

Baru-baru ini, sepasukan penyelidik dari University of Queensland (UQ) telah membangunkan satu kaedah rawatan baharu untuk merawat serangan jantung, diperbuat daripada bisa labah-labah, lapor Xinhua.

Pasukan itu memaklumkan pada Isnin, kajian akan memasuki fasa baharu untuk diuji ke atas manusia selepas syarikat Brisbane, Infensa Bioscience menerima dana berjumah AU$23 juta (AS$15.6 juta) menerusi pelabur swasta.

Felow Penyelidik Utama UQ dan Ketua Pegawai Eksekutif Infensa Profesor Madya Mark Smythe berkata kajian itu akan menjadi penawar pertama seumpamanya di dunia, mempunyai keupayaan mencegah kerosakan sel yang sebelum ini gagal dipulihkan akibat serangan jantung atau strok.

Kajian itu berasal dari racun labah-labah paling berbisa di Australia, labah-labah K’gari funnel web.

Ia dilabel sebagai IB001, berfungsi menghalang isyarat yang dihantar oleh badan sehingga menyebabkan sel jantung mati ketika berlaku serangan jantung atau strok.

Kajian terbaharu itu dijadual menjalani ujian klinikal fasa satu di Queensland, Australia tahun depan.

Rawatan itu amat berguna untuk merawat pesakit di kawasan luar bandar Australia, yang mungkin mengalami strok atau serangan jantung di kawasan agak jauh dari hospital.

“(Pada masa ini) doktor tidak mempunyai sebarang ubat untuk mencegah kerosakan sel akibat strok mahupun serangan jantung.” utv

Australia bangun rawatan serangan jantung guna bisa labah-labah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker