Runtuhan Glasier Marmolada meragut 5 nyawa

Runtuhan Glasier Marmolada meragut 5 nyawa

ROM – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas terperangkap dalam runtuhan salji selepas glasier Marmolada yang terletak di utara banjaran Alps runtuh.

Seramai lapan yang lain cedera dalam runtuhan itu, dengan dua orang mengalami kecederaan serius.

Sebanyak 15 orang lagi yang dipercayai anggota kumpulan pendaki itu dilaporkan masih hilang.

Gianpaolo Bottacin, pegawai perlindungan awam tempatan dalam ciapannya meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada keluarga atau rakan yang tidak pulang selepas berada di kawasan glasier itu.

Lima helikopter dan berpuluh-puluh pekerja kecemasan telah dihantar ke tempat kejadian untuk membantu usaha menyelamat.

Marmolada, yang mempunyai ketinggian kira-kira 3,300 meter (11,000 kaki), adalah puncak tertinggi di timur banjaran itu.

Pendaki yang cedera, termasuk seorang yang ditinggalkan dalam keadaan kritikal telah dibawa ke hospital di sekitar kawasan itu, kata pegawai penyelamat.

Tidak jelas apa yang menyebabkan bahagian glasier, yang dipanggil serac itu runtuh.

Tetapi Walter Milan, jurucakap perkhidmatan penyelamat memberitahu stesen televisyen kawasan itu telah mengalami suhu yang luar biasa tinggi dalam beberapa hari kebelakangan ini.

“Panas adalah luar biasa,” kata Milan, sambil menyatakan suhu telah mencapai 10 darjah Celcius di puncak glasier dalam sejak kebelakangan ini

“Itu adalah panas melampau dan ia tidak normal sama sekali,” katanya.

Reinhold Messner, seorang pendaki gunung Itali, memberitahu akhbar La Republica, glasier telah surut selama beberapa tahun akibat kesan pemanasan global.

“Hampir tidak ada ais lagi,” kata Messner dan berkata glasier kadangkala runtuh “disebabkan graviti,” tetapi ia berlaku akibat haba global yang menyebabkan glasier mencair. MG

Runtuhan Glasier Marmolada meragut 5 nyawa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker