Jukee jual ayam serendah RM6.99

Jukee jual ayam serendah RM6.99

KOTA BHARU: Peniaga ayam yang terkenal di Kelantan, Zukila Deraman yang lebih dikenali Jukee Ayam, memilih menjual ayam pada harga jauh lebih rendah berbanding paras siling yang ditetapkan kerajaan.

Peniaga berusia 44 tahun itu menyifatkan, walaupun kerajaan mengumumkan harga siling RM9.40 sekilogram, namun beliau memilih menjual serendah RM6.99 hingga RM7.50 sen sekilogram, bergantung kepada saiz ayam.

Beliau berkata, harga ayam dijual lebih murah memandangkan harga yang dikenakan oleh pembekal kini sudah murah berbanding sebelum ini.

“Setiap hari harga dijual berbeza, sebagai contoh semalam saya jual RM6.99 sekilogram memandangkan ayam besar seberat 2.5kg hingga 3.2 kg.

“Namun, hari ini saya jual RM7.50 sekilogram kerana ayam lebih kecil iaitu sekitar 2kg. Apabila ayam besar, kami peniaga akan mendapat harga lebih murah berbanding ayam kecil.

“Malah, harga ayam yang diberi oleh pembekal kini sudah murah iaitu sekitar RM5.60 hingga RM6.30 untuk sekilogram, jadi saya merasakan tidak perlu menjual mahal semata-mata untuk mendapatkan keuntungan lebih,” katanya kepada BH.

Zukila yang mempunyai tujuh cawangan kedai ayam itu, berkata peniaga kini tidak sepatutnya menjual ayam dengan harga yang mahal, selain sering menggunakan alasan mendapat harga tinggi daripada pembekal.

“Hampir kebanyakan peniaga mendapat bekalan dari pembekal yang sama dengan harga yang sama sahaja, jadi bergantung kepada peniaga sekiranya mereka mahu keuntungan lebih, mereka akan menjual dengan harga mahal.

“Namun, perlu diingat apabila kita menjual dengan harga yang mahal bukan sahaja membebankan pembeli, sebaliknya pembekal juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga dengan alasan peniaga mendapat keuntungan banyak.

“Saya yang jual dengan harga itu pun masih dapat untung, apatah lagi mereka yang menjual RM8.50 hingga RM9.40 sekilogram,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Jukee Ayam menjual dengan harga RM6.99 sekilogram iaitu jauh lebih rendah berbanding harga siling RM9.40 yang diumumkan kerajaan. BH

Jukee jual ayam serendah RM6.99


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker