3 maut dalam tembakan rambang di pusat beli belah Copenhagen

3 maut dalam tembakan rambang di pusat beli belah Copenhagen

COPENHAGEN – Tiga orang maut dan sekurang-kurangnya tiga cedera selepas berlaku tembakan di sebuah pusat beli-belah di sini.

Seorang lelaki berusia 22 tahun telah ditahan, kata Ketua Polis Copenhagen, Soren Thomassen.

Polis tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan keganasan dan siasatan menyeluruh polis sedang dijalankan di seluruh negara, kata Thomassen.

Tembakan berlaku di beberapa lokasi di dalam Field’s, sebuah pusat membeli-belah di ibu negara Denmark, katanya.

Field’s adalah pusat beli-belah terbesar di Denmark dengan lebih 140 kedai dan restoran.

Pusat beli-belah bertingkat ini terletak di pinggir Copenhagen, terletak di seberang laluan kereta api bawah tanah yang menghubungkan ke pusat bandar.

Beberapa saksi berkata, orang ramai panik ketika kedengaran tembakan di dalam pusat beli-belah itu.

Rakaman media sosial menunjukkan orang ramai berlari di sekitar pusat beli-belah dan pasukan keselamatan lengkap bersenjata di tempat kejadian.

Seorang saksi, Joachim Olsen, bekas ahli politik dan atlet Denmark memberitahu CNN, dia dalam perjalanan ke gimnasium di dalam Field’s apabilamelihat kumpulan besar orang keluar dari pusat membeli-belah tersebut.

“Ia kelihatan seperti sesuatu, saya minta maaf untuk mengatakan, seperti sesuatu yang anda seperti kejadian tembakan sekolah di Amerika Suarikat, orang ramai keluar dengan tangan di atas kepala mereka.

“Saya lihat orang yang berlari keluar mencari rakan dan menelefon rakan sertan ahli keluarga yang berada di dalam, ada yang bercakap dengan rakan yang berada di dalam.

“Orang tua dengan tangan mereka di leher ketika dibawa keluar, kaki mereka hanya diseret di atas lantai,” katanya.

Olsen menambah, di luar pusat membeli-belah, seorang lelaki yang bercakap dengan paramedik yang tidak bertugas yang lengannya “berlumuran darah hingga ke siku.”

“Dia mahu masuk semula tetapi polis tidak membenarkannya,” kata Olsen.

Menurut Olsen, pihak keselamatan mengarahkan orang ramai menjauhi pusat beli-belah itu.

Jurucakap Rigshospitalet, hospital terbesar Denmark memberitahu CNN, hospital itu telah menerima beberapa mangsa daripada kejadian itu dan memanggil kakitangan tambahan untuk bersiap-sedia.

Dalam satu kenyataan malam Ahad, Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa mereka yang cedera, keluarga yang sedang berduka dan semua rakyat Denmark yang berdepan dengan peristiwa menakutkan itu. MG

3 maut dalam tembakan rambang di pusat beli belah Copenhagen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker