Tidur lebih tujuh jam sehari baik untuk kesihatan jantung

WASHINGTON – Kajian oleh Persatuan Jantung Amerika (AHA) mendapati tidur yang cukup menyumbang kepada jantung dan otak yang lebih sihat, lapor laman berita Wion News semalam.

Rumusan itu terkandung dalam senarai baharu AHA berhubung aktiviti yang dianggap baik untuk kesihatan jantung. Senarai itu diterbitkan kelmarin dalam jurnal Circulation. Menurutnya, tempoh tidur yang lama memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular seseorang.

Pakar-pakar kardiologi menyatakan, tidur yang ideal adalah antara tujuh hingga sembilan jam pada setiap malam.



Dalam pada itu, kanak-kanak dinasihatkan untuk tidur lebih lama dengan individu bawah umur lima tahun disyorkan tidur antara 10 hingga 16 jam sehari termasuk pada waktu siang.

Orang yang tidak cukup tidur lebih berisiko mendapat penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan obesiti, kata AHA.

Senarai baharu itu secara rasmi menggantikan kajian AHA yang bertajuk Life’s Simple 7 yang digunakan sejak 2010. Senarai lama itu termasuk faktor seperti diet sihat, senaman kerap dan berhenti merokok.

Tempoh tidur memasuki senarai itu selepas penyelidik meneliti penemuan saintifik baharu sejak sedekad lalu yang mendapati tidur memainkan peranan penting untuk kesihatan jantung,” kata ketua pegawai perubatan untuk pencegahan AHA, Dr. Eduardo Sanchez.



“Orang yang tidak cukup tidur berkemungkinan tinggi mengalami obesiti, hipertensi dan diabetes,” jelas Sanchez.

AHA telah mengesyorkan bahawa peranti seperti telefon ditetapkan pada mod malap dan memastikan pemberitahuan dimatikan supaya ia tidak mengganggu kualiti tidur. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker