Polis cari pikap tular memotong di garisan berkembar di Janda Baik


Tangkap layar memaparkan tindakan pemandu memotong di garisan berkembar.

Polis sedang mengesan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang tular memandu dengan bahaya apabila memotong garisan berkembar di Jalan Janda Baik di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan giat dilakukan dan polis akan memanggil pemandu terbabit untuk memberi keterangan.

“Jika didapati bersalah pemandu pacuan empat roda tersebut boleh dikenakan saman atas kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar di bawah kaedah-kaedah lalu lintas 167/59 iaitu Rule 12(3)(A) dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau boleh dikenakan penjara tidak melebihi enam bulan

“Polis meminta mana-mana pihak yang melihat kejadian yang melanggar undang-undang jalan raya untuk tampil memberi maklumat dan polis menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah,”katanya di sini hari ini.

Hari ini tular dalam media sosial sebuah pacuan empat roda memotong kenderaan di laluan berkembar sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Kejadian yang dirakam pengguna jalan raya itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai sikap tidak bertanggungjawab pemandu pacuan empat roda berkenaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker