China balas dendam pada Harimau Muda, menang tipis 2-1

Skuad B23 China melunaskan hutang kepada skuad Harimau Malaya Bawah 23 (B-23) apabila berjaya mencipta kemenangan tipis 2-1 pada perlawanan persahabatan kedua di Stadium Jinshan, Shanghai hari ini.

Anak buah Cheng Yaodong berjaya membalas dendam selepas Harimau Malaya terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua.

China tidak melepaskan peluang untuk mencipta kemenangan apabila Tao Qianglong menyempurnakan sepakan percuma dari dalam kotak penalti di hujung babak pertama.



Meskipun tempang dengan kekurangan seorang pemain pada babak kedua, Malaysia berjaya mematahkan asakan China.

Peniaga gol Rahadiazli Rahalim bertindak cemerlang apabila  menafikan percubaan pemain China Qianglong di depan pintu gol daripada menambah jurang jaringan pada minit ke-72.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Sabtu lalu, skuad bawah 23 China itu tewas 0-1 kepada Malaysia juga di gelanggang sama.



Skuad negara meraih kemenangan tipis menerusi jaringan minit akhir daripada pertahanan tengah, Harith Haiqal Adam Afkar.

Dua aksi persahabatan menentang skuad B-23 China merupakan persiapan bagi menghadapi pusingan akhir Piala Asia B23 di Qatar, April depan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman

Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram



Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’

Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker